Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Syarahan 50 Tokoh : Bersama Presiden PKPIM ke-18

Pada 30 September bertempat di Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal, Kajang, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengadakan Syarahan 50 tokoh presiden PKPIM sempena sambutan jubli emas 50tahun PKPIM.

Pada kali ini, PKPIM telah memilih YBhg. Ust. Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz yang merupakan bekas Presiden PKPIM ke 18 iaitu pada sesi 1989 sehingga 1991. Beliau merupakan anak kelahiran Perak dan menetap di Ipoh dan sekarang masih bergiat aktif dengan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) Cawangan Perak,Pembimbing Madrasah Kuliah Dhuha Malaysia yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Pendokong SAR Perak(PPSR) dan dalam masa yang masa juga aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Dalam pengucapan beliau banyak memberi nasihat dan juga berkongsi pengalaman sewaktu memegang takpok kepimpinan PKPIM pada suatu ketika dahulu dan beliau juga menekankan tentang gerak kerja  PKPIM sentiasa berlandaskan Al-Quran & Sunnah disamping komited dalam melaksanakan amalan berbentuk  kerohanian seperti Qiamulail.

Selain itu juga beliau memberi pandangan tentang pendekatan PKPIM sekarang seharusnya bergerak selari dengan kehendak atau situasi semasa yang bersesuaian di zaman kini dengan memenuhi kelompongan yang berlaku dalam umat Islam kini.

Syarahan 50 Tokoh pada kali ini diadakan sempena Persidangan Selari Kebangsaan &  Bengkel Pengurusan Strategik yang dihadiri oleh pimpinan PKPIM Kampus dan juga pimpinan Badan Gabungan Negeri (BGN).

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)