Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Skuad IPT BBM, Sedia Berbakti

ULU YAM, 24 Jun 2012: Seramai 16 orang pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi yang terpilih telahpun selesai menjalani program latihan intensif Mukhayyam Skuad IPT anjuran Briged Bakti Malaysia (BBM) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Mukhayyam yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu diadakan di Tapak Perkhemahan HUTLISTA 2, Ulu Yam, Selangor. Elemen spiritualisme, idealism, aktivisme dan intelektualisme digarap sebaiknya dalam program ini.

Menurut Ketua Jurulatih program, En. Kamarul Azami, para peserta mukhayyam diberikan pendedahan dalam melengkapkan kemahiran asas gerak kerja kemasyarakatan.

“Rata-rata mereka yang terpilih untuk hadir ke mukhayyam ini merupakan anggota unit beruniform Briged Bakti Malaysia ketika di sekolah dahulu. Mereka telahpun mempunyai kemahiran asas semasa di sekolah dulu.” Tambah beliau lagi.

Encik Mat Nasir Ismail, Pengerusi Briged Bakti Malaysia Cawangan Selangor menyatakan: “Para peserta ini akan diserapkan sebagai pasukan pertama Skuad IPT Briged Bakti Malaysia yang akan bergerak secara aktif di kampus-kampus IPT seluruh negara.”

Antara penceramah dan jurulatih yang turut sama dalam menjayakan mukhayyam ini ialah Saudara Khairul Ridhwan Adha Bin Khyar, Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Mohammad Fazril Saleh, Penolong Setiausaha Agong PKPIM, En. Mat Nasir Ismail, Pengerusi BBM cawangan Selangor, En. Wan Abdul Rahman dari Global Peace Mission Malaysia (GPM), En Shahrul Azilan dari Malaysian Relief Agency, dan ramai lagi.

Mukhayyam ini dilihat mencapai objektifnya. Walaupun keadaan dan kondisi latihan yang mencabar dan memenatkan, para peserta dilihat semakin bersemnagat meneruskan agenda dakwah melalui gerak kerja kemasyarakatan. Saudara Qaf Qayyum dari Pusat Asasi UIAM telah dilantik sebagai Ketua Skuad IPT BBM.

Briged bakti Malaysia ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Negeri Kelantan. Cetusan idea timbul melalui usrah Islamic Out-reach ABIM Kelantan untuk merangka dan melaksanakan satu program kokurikulum di sekolah dalam bentuk pasukan unit beruniform yang boleh menjana dan menjayakan aspirasi FPK maka lahirlah ”Pasukan Briged Bakti ” sebagai media dakwah kepada non-muslim dan ’muslim hanyut’ yang memulakan program dan aktivitinya di sekolah menengah mulai tahun 1991.

Perkataan atau akronim ‘BAKTI’ bermaksud ’Briged Kecemasan Belia Islam’. Antara bidang kemahiran dan latihan yang diberikan kepada ahlinya ialah kawat kaki, pertolongan cemas, menyelamat, pengurusan jenazah, kebombaan, bina insan, khidmat masyarakat (KHIDMAS) dan lain-lain.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)