Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Senyuman Ramadhan di Pusat Asasi UIAM: Majlis Berbuka Puasa Amal MIFTAH

PETALING JAYA, 02 Ogos 2012: Bulan Ramadhan pastinya tidak terlepas daripada semangat berkebajikan. Bukan sekadar itu, Ramadhan juga dilihat sebagai madrasah tarbiyah yang melatih diri dan menyucikan jiwa.

Para pelajar dan mahasiswa Islam khususnya pasti tidak akan melepaskan peluang mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Sepertimana kebiasaannya setiap tahun, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganjurkan Majlis Ifthar Mahabbah (MIFTAH), sebuah program tahunan pasca-muktamar sanawi yang menjadi wadah mengeratkan silaturrahim antara sesama pelajar Islam.

MIFTAH bagi Ramadhan 1433H kali ini diadakan di setiap negeri. Majlis pembukaannya diadakan pada 02 Ogos 2012 di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya. MIFTAH di negeri-negeri diadakan secara serentak pada 11 dan 12 Ogos 2012, dengan kerjasama badan gabungan negeri yang bernaung di bawah PKPIM.

Majlis pembukaan MIFTAH di Pusat Asasi diadakan bersekali dengan Majlis Berbuka Puasa Amal Kelab PERKIM Pusat Asasi UIAM dan Pelancaran Tabung Kebajikan dan Pendidikan Pelajar Islam PKPIM.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)