Apa sebenarnya niat kita dalam penganjuran Perkampungan Menara Gading (PMG)?
i) Pendedahan kepada pelajar lepasan sekolah tentang alam kampus termasuk memperkenalkan universiti dan kursus akademik.
ii) Membangun potensi peserta dan menyuntik semangat ummatik dengan penerapan lingkung kebitaraan (Idealisme, intelektualisme, aktivisme, spiritualisme), dan Budaya 7 PKPIM.
iii) Membina jaringan baharu dengan perkenalan dan persahabatan
Pengalaman kita dalam membantu para lepasan SPM membina potensi mereka seawal mungkin sebelum melangkah ke alam kampus. Di universiti, alumni PMG menjadi pemimpin mahasiswa, jadi orang berguna. Kami harap para peserta juga akan “menjadi”. InshaAllah.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada sahabat-sahabat yang menjalankan Perkampungan Menara Gading 2015.Teruskan berjaya. InshaAllah PMG seluruh negara berjaya!