Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Sejuta Ummat Tak Cukup Seorang Da’i: Pelancaran Waqaf al-Quran

SHAH ALAM, 17 Julai 2012: Sejuta ummat tak cukup seorang da’i. Gerakan dakwah harus sentiasa aktif, segar dan bertenaga dalam menggerakkan agenda dakwah Islamiyah.

Justeru, sebagai salah satu agenda tidakan bersama gerakan dakwah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) membantu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Dewan Dakwah Islamiy Indonesia melancarkan kempen Waqaf Al-Quran dan Da’i untuk masyarakat pedalam di Indonesia.

Pelancaran kempen itu telah disempurnakan oleh Presiden ABIM, Amidi Abd Manan di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

“Dengan kerjasama Dewan Dakwah Islamiyyah Indonesia, ABIM akan menggerakkan kempen untuk mengumpul dana untuk membiayai penyediaan serta pengagihan Al-Qur’an untuk membantu perkembangan dakwah Islamiyyah didi Indonesia. Menerusi kempen ini kami menyasarkan untuk sekurang-kurangnya mengagihkan senaskah Al-Qur’an untuk setiap keluarga di Indonesia,” jelas beliau sambil berkongsi sejarah usahasama dakwah yang digerakkan ABIM-DDII semenjak sekian lama.

“Kita perlu bersedia untuk menangani gerakan Kristianisi yang secara terang-terangan telah menyasarkan dunia Melayu sebagai lapangan gerakan Kristianisasi mereka dengan agresif. Justeru, menerusi pakatan dakwah ABIM-DDII kami komited untuk mewakili aspirasi umat Islam di negara ini dan Indonesia yang sama sekali tidak berkompromi dalam mempertahankan pegangan Akidah Islami mereka,” jelas Amidi sambil mengimbau hakikat bahawa kegagalan gerakan Kristianisasi di rantau Melayu suatu ketika dahulu di bantu dengan hakikat bahawa Islam telah bertapak kukuh di sanubari umat Islam rantau Melayu.

Antara kawasan sasaran dakwah untuk projrk waqaf Al-Quran dan Da’I ini ialah Pulau Nias (Sumatera Utara), Pulau Mentawai (Sumatera Barat), Lereng Gunung Berapi Jawa Tengah, Gunung Kidul (Jogjakarta) dan Pulau Seram (Maluku).

Bagi orang ramai yang ingin menyumbang boleh berhubung terus dengan secretariat penyelaras kempen di talian 019-2881300 / 03 – 4108 4500.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)