Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

RAWON Hewi: Musafir FilLah, Menjalin Ukhuwah

 

RAWON HEWI 2012 merupakan program tahunan anjuran Hal Ehwal Siswi PERKEPIS yang berada di Semenanjung Malaysia (HEWI PERKEPISMA).

Pada tahun ini, negeri Johor Darul Takzim telah dipilih untuk member peluang kepada ahli-ahli yang berada di negeri lain datang berziarah ke Johor. Di samping itu, ziarah ke Johor ini juga ialah sebagai satu langkah PERKEPIS untuk mengeratkan lagi  mempunyai perhubungan dengan Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) yang banyak membantu pihak PERKEPIS dalam merangka program ini. Ini bertepatan dengan tema Rawon HEWI kali ini iaitu ‘Musafir fillah, menjalin ukhuwah’.

Program ini bakal dijalankan pada hujung minggu memandangkan terdapat perbezaan masa cuti antara kampus. Tempat yang digunakan ialah sekitar kawasan penginapan serta sekitar Johor Bahru .Aktiviti yang bakal dijalankan adalah berunsur perbincangan dalam kumpulan, ceramah, tayangan video dan aktiviti luar. Input yang diberikan adalah sekitar perkara asas dan aplikasi dalam kehidupan seharian.

Program bersama seperti RAWON HEWI ini penting dalam membina kekuatan dalam diri kerana dengan adanya ziarah seperti ini, mampu untuk mengingatkan kita kepada tujuan asal kita melanjutkan pelajaran di bumi Semenanjung Malaysia ini. Selain itu, program seperti ini bakal menjadi peransang kerana kita sedar bahawa kita tidak keseorangan dalam meneruskan perjuangan ini.
Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) adalah badan induk pelajar dan mahasiswa Islam Sarawak di peringkat Negeri Sarawak dan merupakan badan gabungan negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia sejak tahun 1997.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)