Bermula dari 19 hingga 26 Mei 2013, Saudari Amalina Ismail telah menyertai rombongan 7 orang sukarelawan ke Projek Khidmat Pendidikan dan Kajian Sosio Budaya di Patani yang terdiri daripada ahli Grup Penjejak Tamdun Dunia (GPTD). Istimewa misi kali ini, sahabat daripada Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII), Saudara Muhammad Farid Al Farisi turut bersama-sama dalam misi Patani 2013.
Para sukarelawan kali ini memfokuskan kajian sosia budaya di Kampung Dato’, Yiring, Patani. Antara tugasan yang diberikan kepada para sukarelawan untuk diselesaikan adalah projek pemetaan komuniti dan program khidmat pendidikan untuk kanak-kanak tempatan. Suatu ketika dahulu, Patani merupakan sebuah kerajaan Islam yang gah di rantau ini. Namun gemilangnya sejarah Patani tiada siapa yang ambil peduli.
Ketika di Patani juga, sukarelawan berkesempatan mengadakan sesi dialog bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Prince Songkhla dan Universiti Princess Narathiwat.
AMALINA BINTI ISMAIL
Exco Penerbitan dan Dokumentasi PKPIM
Sukarelawan Jejak Patani 2013