Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PMGKel’14: 1001 PENGALAMAN YANG INDAH

pmgkel

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan peluang kepada saya untuk menyertai Perkampungan Menara Gading Kelantan 2014. Saya akui perjalanan untuk mencari tempat program ini agak sukar walau saya ini anak jati negeri Kelantan. Namun setiap kesusahan yang dihadapi, Allah akan datangkan dengan kesenangan dan kemudahan.

Ini merupakan pertama kali saya menyertai program sebegini. Aktiviti seperti Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) telah membantu saya untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan cara berkomunikasi serta bersosial dengan masyarakat sekeliling saya.

Sebelum ini saya banyak berhubungan hanya di laman sosial dengan kenalan di Mesir, Palestin, UAE, Ameika Syarikat, Jerman, Turki dan banyak lagi membincangkan perkara-perkara yang bersifat global secara di sebalik tabir. Saya menjadi agak kekok untuk menyampaikan idea dan pandangan di khalayak ramai. Namun aktiviti LDK sedikit sebanyak telah memberi saya peluang untuk meningkatkan keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai.

Aktiviti LDK juga melatih saya untuk berfikir dalam kadar yang segera. “Brainstorming Activity” berjaya meningkatkan daya upaya tak untuk berfikir secara kritis dan kritikal. Hasilnya otak akan menjadi cerdas dan cergas untuk berfikir serta berupaya menghasilkan idea-idea yang yang lebih baik.

Selain itu, LDK turut berjaya memupuk semangat kerjasama ke dalam diri kami. Sikap kerjasama dan toleransi terhadap satu sama lain telah mengikis sifat pentingkan diri sendiri yang akan menjejaskan prestasi kumpulan. Sinergi di antara ahli kumpulan telah membuatkan prestasi kumpulan berada di tahap yang maksimum.

Program sebegini telah mendidik diri saya untuk sentiasa menepati dan menghargai masa. Walau letih dengan aktiviti yang disediakan namun pengalaman dan pengajaran disebalik telah menjadi penawar kepada saya. Program yang bermanfaat ini menjadi dinding penghalang kepada kita dari melakukan perkara yang sia-sia. Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala di dalam surah al-Mukminun ayat 3 yang bermaksud, “Da mereka menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan dan perkataan yang sia-sia”.

Akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para fasilitator yang telah meluangkan masa berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan dengan kehidupan seorang mahasiswa. Terima kasih juga kepada para sahabat yang memberi sokongan ketika kita bersama. Saya amat mengagumi kalian walau baru kita bertemu.

Harapan saya terhadap semua, teruskanlah perjuangan untuk memastikan Islam kembali dijulang suatu hari nanti. Ingat saudara kita di bumi Shams, Palestin dan di pelbagai tempat lagi yang umat Islam sedang ditindas. Sanggupkah kita sekadar berputih mata melihat mereka dibunuh begitu sahaja. Ambil masa dan renung kembali sebanyak mana usaha kita untuk Islam dan untuk saudara-saudara kita di sana.

Sekian.

NUR SYAFIQAH MOHD AFANDI
Peserta PMG Kelantan 2014

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)