Pada tahun ini Program Bas Belia MABIMS telah berlangsung dengan jayanya pada 25 September hingga 6 Oktober 2011.Program gilang gemilang ini telah diadakan di Republik Indonesia bertemakan “Perkukuh Iman, Pererat Tali Persaudaraan, Menyebar Ihsan”.
2 dari 10 belia yang terpilih untuk mewakili Malaysia adalah dari pimpinan PKPIM. Saudara Mohd Shazni Abdullah dan juga saudari ‘Atiqah Syairah bt Shaharuddin.
Delegasi memulakan ekspedisi bermula dari Jakarta – Yogyakarta – Guntur – Malang – Bali – Lombok.Program Bas Belia MABIMS 2011 merupakan satu program tahunan melibatkan Empat negara MABIMS iaitu Brunei, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Objektif program ini adalah bertujuan untuk memperteguhkan hubungan dan membina keupayaan para pemimpin belia. Antara pengisian program-program yang disajikan untuk delegasi termasuklah projek bakti sosial dan aktiviti team-building untuk mempereratkan lagi jalinan kerja antara pemimpin belia.
Antara Amanat yang disampaikan kepada para peserta ialah peserta yang terpilih ke program ini merupakan Duta Malaysia dan harus menunjukkan tauladan yang baik kepada negara-negara lain. Disamping itu juga para peserta harus positifkan fikiran dan jadikan program ini sebagai pengalaman baru kerana banyak cabaran dan dugaan akan dihadapi sepanjang program ini berlangsung.
Program tahunan ini dapat memberi input dan pengalaman yang berguna kepada semua delegasi MABIMS.Pihak PKPIM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ustaz Lukman Ibrahim selaku pengawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) kerana menghantar wakil dari NGO islam sebagai delegasi untuk program Bas Belia ini.
Y.Bhg Tuan Haji Razali Bin Shahabudin (Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Insan JAKIM) berucap pada Majlis Amanat penyerahan jalur gemilang pada delegasi Malayia menyebut antara objektif asal supaya anak muda yang bergiat dalam persatuan masing-masing dihantar adalah untuk mendedahkan berkenaan sistem pendidikan islam yang dilaksanakan dalam Republik Indonesia yang Berjaya menjadi penyelamat akidah dan struktur pembentukan masyarakat di Republik tersebut.
Setinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana program Bas Belia yang diwakili oleh 12 orang delegasi Malaysia, 12 orang Delegasi Brunei, 12 orang delegasi Singapor dan 34 orang delegasi Indonesia berakhir tanpa sebarang kejadia yang tak diingini. Selain daripada dapat meningkatkan jaringan antarabangsa, peserta juga dapat meningkatkan jaringgan antara gerak kerja NGO dan badan kerajaan secara amnya. ISMA,PEMBINA,WAMY,ABIM dan PKPIM adalah antara perwakilan yang dipilih untuk bersama-sama dengan JAKIM dalam program kali ini.
Diharap program pembentukan belia islam sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. Pendedahan tentang nilai-nilai sejagat yang boleh disepakati oleh kesemua delegasi ini diharap dapat dikongsi bersama-sama sahabat-sahabat dalam sesi khas di masa akan dating. Doa dan impian kita titipkan supaya suatu masa nanti, umat islam di keempat-empat Negara khasnya dan seluruh dunia, dapat bersatu atas misi rahmatan lil ‘alamin.