Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM Mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1440H/ 2018M

“Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad”

Selawat serta salam ke atas junjungan besar, Rasulullah S.A.W beserta seluruh ahli keluarga Baginda S.A.W.

Syukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan serta peluang yang diberikan untuk terus berselawat serta memuji kekasih Allah, Muhammad S.A.W sempena Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Kelahiran Baginda S.A.W. pada tanggal 12 Rabiul Awal telah menyinari alam semesta dengan cahaya petunjuk untuk membawa umat manusia ke arah jalan yang benar. Kelahiran baginda juga membawa rahmat ke segenap alam yang bakal menebarkan Rahmatan Lil Alamin.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat menjaga (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
(Surah At-Taubah : 128)

Baginda S.A.W. merupakan uswatun hasanah atau teladan unggul sepanjang zaman dan menjadi penanda aras yang bersifat mutlak, abadi dan sejagat. Oleh hal yang demikian, kita sebagai manusia tidak pernah dan tidak akan hilang nilai-nilai keteladanan.

Sesuai dengan tema “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, jelas dinyatakan dalam ayat 128, Surah At-Taubah berkenaan antara sifat-sifat keprihatinan Rasullah S.A.W yang wajar dicontohi dan dihargai adalah :-

1) Rasa keakraban sesama manusia 
2) Berkongsi rasa, senasib bersama umat, beban dan pedih 
3) Punyai keprihatinan yang mendalam kepada umat khususnya dalam penerimaan umat terhadap Islam
4) Punyai rasa belas kasih dan cinta

Keakraban seseorang pemimpin bersama umat merupakan syarat mutlak keberhasilan dalam merealisasikan misi pembebasan umat daripada kesesatan dan kegelapan kepada cahaya hidayah daripada-Nya.

Pada setiap saat, kita sebagai pencinta kekasih Allah ini haruslah mengungkap lafaz selawat serta salam ke atasnya sebagai tanda cinta dan penghargaan terhadap Baginda S.A.W. yang selama ini juga menyatakan perasaan kasih dan cinta akan umatnya.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”
(Al-Ahzab: 56)

Dalam kesempatan ini, kami daripada PKPIM mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1440H/ 2018M kepada seluruh umat manusia. Hayatilah kisah Sirah an-Nabawiyyah bagi menguatkan rasa cinta dan keinginan untuk mencontohi akhlak Baginda S.A.W dalam kehidupan seharian.

Sollu Ala An-Nabiy !

Menyantuni Ummat, Membawa Rahmat
Hidup Biar Berjasa

Mohd Lukman Nurhakim Kamazan
Timbalan Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)