Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM DIJEMPUT SEBAGAI PANELIS DALAM DIALOG ORANG MUDA (DOM)


19 September 2011 (AHAD):Presiden PKPIM, saudara Ahmad Fahmi b Mohd Samsudin telah dijemput menjadi ahli panel dalam Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah Pena, Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur.  DOM yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) diadakan pada setiap hari Ahad minggu ketiga sentiasa membawakan tajuk-tajuk yang sangat kritikal untuk dibincangkan. Untuk DOM kali ini, ‘’Dilema Pengajian Tinggi Negara” telah diangkat menjadi topik perbincangan.

Saudara Muhammad Lutfi Ishak sebagai moderator dialog telah mengendalikan diskusi dengan baik di samping lontaran hujah dan pandangan yang disampaikan oleh  ahli panel jemputan lain iaitu saudara Mohd Firdaus Zolkifli (Mesin Cetak) dan saudara Wan Mohamad Wasif  (Mantan Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM).

En. Zainal Rashid b Ahmad, Pengurus Besar Penerbitan Kandungan TV Al-Hijrah antara yang meluangkan masa untuk bersama anak muda bagi membincangkan isu pengajian tinggi ini.

Saudara Firdaus banyak bermain dengan falsafah ‘positivisme’ yang dipercayai beliau sebagai asas kepada masalah yang melanda pengajian tinggi negara. Baginya positivisme telah mengigit ilmu-ilmu lain yang ada di universiti. Sambil Fahmi mengingatkan kembali akan wahyu pertama yang menekankan tentang kepentingan ilmu sambil membahaskan peranan ulama’ dan umara’. Beliau juga menyatakan sistem pendidikan negara lebih kepada mencuba daripada mendidik (more testing than educating). Saudara Wasif tampak sinikal menyarankan agar universiti ditutup seandainya gagal memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan berpendapat universiti perlu menjadi wilayah autonomi  yang bebas daripada cengkaman kerajaan.

Dialog yang mengamabil masa lebih 2 jam turut dimeriahkan dengan komen dan ulasan para penonton. En Zainal Rashid pula melemparkan pendapat yang menyatakan sistem pengajian hari  ini melahirkan kekurangan mahasiswa yang kreatif. Ini berdasarkan kepada pengalaman beliau sebagai pengguna (user)yang telah lama berkecimpung di dalam bidang penyiaran.

Usai perbincangan, wakil PKPIM yang terdiri daripada saudara Muhammad Safwan, saudara Saiful Rizwan, saudara Muhamad Zikri bersama dengan saudara Ahmad Fahmi dan saudara Wan Wasif sempat meluangkan masa untuk mengadakan perbincagan bersama dengan En Zainal Rashid yang tidak lokek untuk berkongsi pengalaman bersama anak muda.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)