Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Perutusan Khas sempena Maal Hijrah 1434H

Tanggal 1 Muharram 1434 Hijrah, seluruh umat Islam bakal menyambut hari yang membawa implikasi yang besar terhadap sejarah Islam. Sorotan sejarah membawa kita kepada peristiwa Hijrah yang mengandungi pelbagai peristiwa teladan. Hijrah adalah satu peristiwa yang sangat berstrategi yang diatur Tuhan untuk menjadi contoh kepada manusia agar berfikir, merancang dan berstrategi.

Matlamat hijrah adalah jelas, dikongsi dan difahami oleh seluruh umat Islam bahawa perlu kepada sebuah tanah yang sesuai bagi pembinaan ummah dan penegakan syariat Islam. Sebelum hijrah bermula, segala maklumat yang diperlukan telah dikumpul dan dikenalpasti secara terperinci, lalu disusun strategi memanfaatkan data-data tersebut. Antaranya ialah, di Madinah, Islam mendapat sambutan yang baik dan Rasulullah s.a.w mendapat sokongan dari penduduk yang beragama Islam. Selain itu, perjalanan ke Madinah dari Makkah perlu merentas padang pasir yang kering dan tiada makanan disamping bakal menghadapi cabaran dari penduduk Makkah yang memusuhi Islam.

Berdasarkan kemampuan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang cukup meyakinkan, maka hijrah ke Madinah dilaksanakan. Keupayaan para sahabat ini digembleng oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan penentuan kerja dan pembahagian tugas demi mencapai objektif hijrah. Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a, sahabat yang paling akrab dan setia khusus menjadi pendamping Rasulullah s.a.w dalam menghadapi suasana –suasana genting. Bagi mengabur dan mengekang halangan pasukan penggempur Qurash, Sayyidina Ali k.w diminta mengganti baginda tidur di kamar. Asma’ binti Abi Bakr r.a. diatur sebagai pembekal makanan bertujuan menghadapi ketandusan dan ketiadaan makanan di padang pasir. Ramai lagi para sahabat yang telah dibahagikan tugas dalam usaha melaksanakan perancangan hijrah.

Justeru itu, kita perlu mengambil iktibar dari perancangan dan pengurusan strategik Rasulullah melalui perisitwa hijrah ini dalam pengurusan hidup dan organisasi. Amat penting untuk kita membina satu matlamat yang jelas agar segala amal dan tindakan terpandu dengan baik. Matlamat ini harus sebati dalam fikrah penggerak-penggerak dan ahli-ahli. Kecekapan pengurusan maklumat dan data segala sumber-sumber yang ada mampu membantu melonjak kedudukan kita kepada keadaan yang matlamatkan. Elemen muhasabah diri amat penting agar kita memahami kekuatan dan kelemahan dalam menganalisis daya rubah dalam diri serta organisasi. Seterusnya, penggemblengan yang efisien terhadap petugas-petugas melalui peranan masing-masing perlu dipertingkatkan.

Jiwa dan minda kita sebaiknya dipersiapkan untuk berhijrah. Semua ini adalah strategi kea rah masa depan yang lebih baik. Persiapkan diri dengan soal menangani perubahan, mencipta masa depan, menghindari kekangan, memanfaatkan kesempatan dan mencapai keunggulan.


HIDUP BIAR BERJASA
Mohd Khairul Ridhwan Adhha Bin Akhiar
Timbalan Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)