Bismillahirrahmanirrahim,
Tauhid merupakan teras kehidupan seorang muslim. Firman Allah SWT dalam Surah al- Ikhlas ayat 1 hinga 4, jelas menerangkan akan konsep Tauhid yang sebenarnya. Oleh itu, sebagai umat Islam adalah wajib keatasnya untuk mempunyai kefahaman dan pengetahuan ilmu yang luas yang membawa kepada kebenaran dan kebesaran Allah SWT. Ciri-ciri inilah yang harus ada pada setiap orang yang menjadi daie.
Oleh itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Program Multaqa’ Nuqaba’ peringkat kebangsaan pada 9-11 Februari 2012 yang lepas di Kem Herba, Hulu Langat. Program yang bertemakan ‘Daie Tauhidik Teras Pendidikan Ummah’, dihadiri oleh seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PKPIM seluruh Malaysia. Penglibatan peserta-peserta dari Badan Gabungan Negeri juga amat menggalakkan di dalam program ini.
Selama tiga hari dua malam, pengisian penuh telah diberikan oleh Ustaz Jaafar (WADAH Negeri Sembilan) selaku jurulatih program. Pengisian kali ini berfokus kepada pembentukan cara fikir berlandaskan ketauhidan kepada Allah SWT. Ini kerana, untuk menjadi seorang daie memerlukan kepada garis ilmu yang benar dan memahami secara keseluruhan akan kesyumulan agama Allah yang diterima di sisi-Nya iaitu Islam. Penekanan program ini adalah lebih menjurus kepada beberapa aspek sesuai dengan perkembangan zaman dan gerakan PKPIM:
PKPIM mengambil langkah proaktif untuk menggiatkan usaha pencarian individu-individu muslim bagi memantapkan kembali umat Islam selari dengan cabaran perkembangan masa kini. Justeru, diharapkan Multaqa’ Nuqaba’ ini akan dapat melatih individu muslim yang sedia ada untuk menjadi yang terbaik dalam menggiatkan usaha pendidikan tauhidik kepada masyarakat.