Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Menguji Dayatahan Fizikal dan Mental di Perkhemahan Kembara Belantara

GOMBAK, 01 Julai 2012: “Orang mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah berbanding orang mukmin yang lemah”. Pembinaan kekuatan fizikal pastinya tidak terlepas daripada skema latihan gerakan pelajar Islam. Sebagai latihan persediaan kepada para aktivis pelajar, Persatuan Kebangsaan Plejar Islam Malaysia (PKPIM) mengambil inisiatif menganjurkan Perkhemahan Kembara Belantara,bertempat di Tapak Perkhemahan Pelajar Islam, Sungai Pisang Batu 12 Gombak, Selangor.

Perkhemahan selama satu hari satu malam ini diadakan bertujuan kesediaan dan ketahanan para aktivis dakwah dengan penerapan nilai-nilai harakiy di samping menikmati keindahan kawasan rekreasi dan air terjun yang masih lagi terpelihara.

Para peserta dilatih dengan kemahiran asas hidup di hutan seperti menghidupkan api, mencari sumber air, mencari arah kiblat, menyusuri anak sungai untuk mencari arah keluar hutan, menyediakan gajet, memasak masakan rimba dan memasang khemah.

Ketua jurulatih perkhemahan, Saudara Khairul Ridhwan Adha menyatakan kemahiran asas hidup adalah suatu kemahiran yang perlu diterapkan kepada para aktivis pelajar tanpa mengabaikan kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran kognitif dan intelektualisme, aspek spiritual dan skil pengurusan organisasi.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden PKPIM juga menyatakan rasa gembira beliau kerana perkhemahan ini dinilai sebagai berjaya.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)