Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Mengerat Ukhuwah dalam Keharmonian Institusi Masjid

PETALING JAYA, 14 Julai 2012: Pengupayaan masjid dan surau merupakan salah satu agenda utama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Dalam usaha merapatkan golongan anak muda dengan masjid, satu program usrah dan gotong-royong diadakan di Masjid Kolej Islam Malaya (MKIM) bersempena menyambut kedatangan awal Ramadhan 1433 Hijrah.

Majlis anjuran Biro Pemuda MKIM ini merupakan acara tahunan masjid dan mendapat sambutan menggalakkan pada setiap kali ia dianjurkan. Program dengan kerjasama Majlis Perhubungan Pelajar-pelajar Islam Negeri (MAPPIN) PKPIM Kampus Pusat Asasi ini dihadiri oleh lebih daripada 80 orang pemuda yang rata-rata merupakan pelajar universiti yang terletak berhampiran MKIM.

Program dimulai seawall jam 09.30 pagi dengan pengisian usrah yang disampaikan oleh dua orang tokoh dakwah dan agamawan: Al-Fadhil Ustaz Dato’ Mokhtar Shafie dan Al-Fadhil Ustaz Alfian Al-Misri. Dalam ucapannya, Al-Fadhil Ustaz Dato Mokhtar menyatakan kegembiraan beliau melihat komitmen para pemuda dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang merupakan salah satu cabang makruf.

“Kalian seharusnya rasa bertuah kerana dipilih oleh Allah untuk ikut serta dalam program yang diadakan dan jemaah ini.”

 “Golongan pemuda seharusnya dihargai dan didekatkan dengan institusi masjid dan masyarakat awam”, tambah beliau.

Al-Fadhil Ustaz Alfian pula menekankan potensi kepemudaan yang harus digarap oleh para pemuda agar tidak tersia. Beliau meletakkan harapan tinggi kepada para peserta gotong royong agar meneruskan gerakerja dakwah dengan konsisten dan istiqamah.

Para peserta gotong royong kemudiaannya menjalankan kerja-kerja pembersihan dan penceriaan keseluruhan kawasan masjid sehingga tengahari.

Ketua Biro Pemuda MKIM dalam komentarnya menyatakan kesungguhan mereka dalam menggiatkan usaha dakwah dengan cara penyuburan ilmu.dan kerja-kerja kemasyarakatan.

“Institusi masjid merupakan asset berharga umat Islam Malaysia yang sewajarnya diupayakan, dan kami bersedia untuk berperanan bersama”.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)