Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Melestari Kebitaraan Pendidikan: PKPIM dan Perjuangan Kependidikan

KELANA JAYA, 07 Julai 2012: Pendidikan merupakan suatu unsur dan proses penting pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Justeru, kesedaran masyarakat tentang isu-isu pendidikan harus dibugar supaya sekalian warga Malaysia dapat berperan-serta dalam proses menentukan halatuju pendidikan nasional ke arah masa depan negara yang lebih gemilang.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), sebuah pertubuhan pelajar Islam peringkat kebangsaan telah menganjurkan Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kependidikan bersempena Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-51 pertubuhan itu hari ini, di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Kongres dengan tema ‘Melestari Kebitaraan Pendidikan’ yang menghimpunkan perwakilan pelajar-pelajar Malaysia ini diusahakan bagi memahami model falsafah pendidikan terbaik dan pengamalannya dalam sejarah ketamadunan, menganalisa pengamalan pendidikan semasa dalam negara, dan pembentukan pandangan alam yang benar terhadap hakikat sebenar pendidikan.

Kongres ini merupakan kemuncak kepada rentetan perjuangan kependidikan PKPIM bagi sesi 2011/2012 bermula dengan Forum Lorong Tengah: Mengembalikan Roh Universiti; Siri Wacana Pencerahan: Mengembalikan Nilai Pendidikan; dan tiga peringkat Diskusi Meja Bulat “Halatuju Pendidikan Nasional & Prospek Masa Depan Negara” yang melibatkan pelbagai pihak termasuklah para pelajar sekolah, mahasiswa di university, para pendidik, pembuat dasar, dan  badan-badan bukan kerajaan.

Ucaptama bertajuk ‘Melestari Kebitaraan Pendidikan’dan perasmian kongres disempurnakan oleh Al-Fadhil dato Dr. Siddiq Fadzil, Presden Wadah Pencerdasan Ummat Malaysia (WADAH) merangkap Presiden Kolej dar al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam. Tiga kertas kerja utama dibentangkan oleh para pendidik dan ilmuwan berotoriti dan satu sesi diskusi, ulasan dan perbahasan diadakan pada sesi sebelah petang.

Sesi pembentangan kertas kerja dimulakan oleh Prof Dr. Sufean Hussin, seorang professor di fakulti pendidikan Universiti Malaya. Beliau merupakan antara pengkaji dan penggubal dasar dan polisi pendidikan di Malaysia dan banyak menulis dan membentang makalah di peringkat nasional dan antarabangsa. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk Hubungan Antara Dasar, Amalan & Falsafah Pendidikan Di Malaysia: Satu Renungan Kembali.

Sesi Kedua pembentangan diteruskan oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Felo Penyelidik di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kertas pembentangan bertajuk Menghadapi Dilema Pendidikan: Ta’dib Sebagai Kerangka Pendidikan Terbaik dan sesi terakhir pembentangan kertas kerja bertajuk Dari Literasi Ke Liberasi: Meninjau Makna Pendidikan Yang Membebaskan Dalam Al-Qur’an disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir Mohd Tap.

Pada sesi sebelah petang pula, Kongres diteruskan dengan sesi ulasan dan perbahasan. Sesi ini diteraju oleh Saudara Abu Qasim Nor Azmi dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Dua orang panel khas dijemput sebagai pengulas dan pembicara bagi sesi ini: saudara Mohammad Fazril Mohd Saleh, Penolong Setiausaha Agong PKPIM dan Saudara Faisal Abd Aziz, Penolong Setiausaha Agong ABIM. Partisipasi daripada para perwakilan dan peserta kongres amat menggalakkan. Beberapa kesepakatan telahpun dicapai secara bersama.

Antara resolusi kongres ialah para pelajar dan mahasiswa Islam akan terus berjuang mengangkat martabat pendidikan dengan cara meningkatkan kesedaran kependidikan dalam kalangan mahasiswa, guru dan masyarakat, berpartisipasi secara aktif dalam program-program dan aktiviti kependidikan, menyediakan aktiviti dan program alternatif bagi membina syakhsiyah para pelajar, membantu para pelajar khususnya di luar Bandar dan pelajar daripada keluarga miskin Bandar dan melanjutkan perbincangan dan diskusi berkaitan isu ini melalui siri-siri pencerahan, ceramah, seminar dan sesi perbincangan dengan pakar, pembuat dasar dan ahli akademik dan anggota masyarakat selainnya.

Kongres dihadiri oleh para pelajar, mahasiswa, para pendidik, akademisi dan anggota masyarakat yang prihatin dengan isu pendidikan. Kongres berlangsung bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor.

(Ucaptama Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-Teras Kependidikan yang disampaikan oleh Dato’ Dr Siddiq Fadzil boleh ditonton di laman http://www.mobtv.my/islamic-1684.html )

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)