Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

LAPORAN BENGKEL BELIA CAKNA ISU 2012

Alhamdulillah, pada 11 November 2012, EXCO Pembangunan Sosial dan EXCO Antarabangsa, Jabatan Massa  PKPIM telah berjaya melaksanakan Bengkel Belia Cakna Isu di Universiti  Sains Islam Antarabangsa ( USIM). Bengkel ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta  yang terdiri daripada pelajar USIM dan KUIS. Secara umumnya, bengkel ini dibahagikan kepada 2 slot utama iaitu dengan fokus kepada isu semasa umat Islam di dalam dan  luar negara. Slot pertama pertama disampaikan oleh  penceramah jemputan daripada DARWA  iaitu Ustazah Hazlina dengan fokus kepada isu kritikal remaja , peningkatan statistik anak luar nikah. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan penekanan kepada isu umat Islam Rohingya di Burma yang disampaikan oleh saudara Mohamad Muizzuddin Mustaffar .

Bengkel yang berlangsung selama 5 jam ini, berjaya mencapai objektif bengkel untuk memberi kefahaman yang benar dan jelas serta melatih aktivis gerakan dakwah isu semasa umat Islam sebelum turun ke lapangan seterusnya mampu bertindak sebagai agen penyampai kepada mahasiswa dan masyarakat secara umumnya. Dapatan daripada bengkel ini diharap mampu memupuk kesedaran berterusan aktivis dalam mendepani isu umat Islam. Sebagai permulaan gerakan, satu ‘team’ massa USIM telah ditubuhkan untuk memudahkan perlaksanaan pelan tindakan gerakan massa di peringka USIM. Selain itu, wakil daripada KUIS juga merancang untuk membawa  isu peningkatan kes anak luar nikah dalam kalangan mahasiswa diperingkat yang lebih serius untuk diketengahkan di KUIS.

Komentar positif daripada kalangan peserta bengkel akan menjadi pencetus kepada lebih banyak gerakan bengkel dan seminar di kampus yang lain pula untuk menuntut kecaknaan  mahasiswa terhadap isu semasa umat Islam keseluruhannya.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)