Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kupasan Buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Ust. Fathi Yakan Bab Saya Wajib Islam Dari Sudut Ibadah

Oleh: Khairul Anuar Abdul Manap, Setiausaha Agung PKPIM

anuarmanap@gmail.com

Usrah PKPIM Universiti Malaya, Kolej Kediaman 5, 26 Februari 2014

 

Dalam bab ini, penulis (Ust. Fathi Yakan) ingin memberitahu kepada pembaca bahawa pengertian di sebalik konsep ibadat ialah mereka melakukan ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Hal inilah yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita.

Perkara kedua yang ditekankan dalam bab kedua ini ialah pemahaman menyeluruh bahawa konsep ibadat adalah mencakupi segenap ruang kehidupan seharian. Penulis tidak mahu kita hanya terpedaya dengan golongan sekular yang telah memisahkan kehidupan dunia dengan agama. Seharusnya umat Islam tidak terpedaya dengan idea-idea seumpama ini yang dapat merosakkan akidah umat Islam sendiri.

Oleh hal yang demikian, umat Islam wajib mengetahui bahawa seluruh hidup mereka merupakan rangkaian dari tuntutan ibadat sekiranya mereka memanfaatkan dengan kebajikan dan amal kebaktian. Konsep inilah tidak diketahui oleh kebanyakkan daripada umat Islam. Kelemahan inilah yang menjadikan modal kepada musuh-musuh Islam untuk menggugat kedudukan Islam.

Di dalam bab saya mestilah Islam dari segi ibadat penulis telah menggariskan 7 pendekatan yang patut diambil oleh setiap orang yang mendakwa diri mereka sebagai orang Islam iaitu:

 

1.      Ihsan

Ihsan beerti melakukan sesuatu perbuatan itu dengan elok dan baik turutannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

2.      Khusyuk

Khusyuk adalah tetap dan bersih hati dalam melaksanakan ibadat.

Tuntutan khusyuk adalah selari dengan tuntutan melakukan ibadat itu sendiri.

3.      Merasai Kehadiran Allah s.w.t

Merasai kehadiran Allah s.w.t dalam melakukan ibadat dari penghayatan hati terhadap ibadat yang ditunaikan.

Hal ini dapat dipupuk dengan rasa keikhlasan ketika permulaan dan ketika pengakhiran ibadat tersebut.

4.      Merasa Tidak Cukup Dengan Ibadat Yang Telah Dilakukan

Cinta dan mahu untuk melakukan ibadat itu lagi.

Tambahan, amalan-amalan sunat turut dikerjakan juga. 

5.      Istiqamah  

Sentiasa melazimkan dalam melakukan ibadat-ibadat qiamullail kerana qiamullail dapat menguatkan diri.

6.      Tadabbur Al-Qur’an

Dapat membaca Al-Quran secara berterusan dan dapat merenungi maksud serta pengajaran dari ayat-ayat yang dibaca 

7.      Doa

Pengamalan doa dalam kehidupan seharian akan menjadikan seseorang mempunyai tempat pengantungan dengan Allah s.w.t.

INTISARI PENTING

Memperelokkan Niat dan Ikhlas kerana Allah

Berniat baik dan ikhlas kerana Alllah juga termasuk dalam faktor-faktor penyelamat yang terbesar dan terpenting. Hal ini disebabkan niat merupakan amalan hati dan hati itu lebih mulia daripada angggota zahir. Maka amalan hati adalah lebih utama daripada amalan anggota badan. Bahkan, kerana niat semata-mata boleh mendatangkan manfaat. Sedangkan amal anggota badan tanpa mempunyai niat tidak ada manfaatnya.

Kita hendaklah memperelokkan niat dan ikhlas kerana Allah. Janganlah melakukan sesuatu ketaatan melainkan dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah demi mencari dan mendapatkan keredhaan serta menginginkan pahala di Akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah atas ketaatan yang dilakukan hasil dari kurniaaan Allah semata-mata.

Jangan mengambil perkara-perkara yang diharuskan hatta pada makanan, minuman dan tidur kecuali dengan tujuan mendapatkan kekuatan ketaatan kepada Allah dan menghasilkan ketaqwaan kepadanyaNya. Dengan melakukan sedemikian, maka perkara-perkara yang harus itu akan diikuti atau bergabung dengan amalan-amalan ketaatan. Sesungguhnya jalan-jalan itu mengikut hukum dari perkara yang dimaksudkan, dan orang yang rugi ialah orang yang rugi dari mempunyai niat yang baik.

Sematkan pada dirimu dalam melalukan amal-amal ketaatan dan perkara-perkara yang diharuskan itu, niat-niat yang banyak dan baik serta dinatijahkan untuk kamu dengan setiap satu niat itu pahala yang sempurna dari kemurahan Allah.

Bagi ketaatan dan kebaikan yang tidak mampu kamu lakukan pada masa ini, niat dan berazamlah untuk melakukan ketika tertumpu. Ucapkanlah pada diri kamu dengan jujur, keazaman dan niat yang baik. “Sekiranya aku mampu lakukan sudah pasti sudah pasti aku lakukan”. Dari niatmu kadangkala kamu mendapat pahala melakukannya.

Ikhlas ialah tujuan seseorang insan dalam melakukan ketaatan dan amalnya semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai keredhaanya tanpa ada tujuan yang lain seperti ingin mendapatkan pandangan manusia ataupun pujian daripada mereka atau sebarang keinginan daripada mereka.

Maka orang yang beramal dengan tujuan mencapai taqarrub dan keredaan serta pahala darinya. Maka dia adalah orang yang ikhlas. Orang yang beramal kerana Allah dan demi mendapatkan pandangan manusia maka dia adalah dan demi mendapatkan pandangan manusia maka dia adalah orang yang riya’ dan amalannya tidak diterima. Manakala orang yang beramal hanya untuk meraih pandangan manusia, jika tidak kerana manusia dia tidak akan beramal, maka orang seperti ini berada dalam bahaya yang amat menakutkan dan diketegorikan sebagai riya’ orang-orang munafiq.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)