Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KREDIBILITI DAN KARISMATIK CALON ANTARA INDIKATOR UTAMA

Bahang Pilihan Raya Kampus (PRK) sedang di rasai oleh semua mahasiswa di kampus. PRK yang ditunggu-tunggu dari semester lepas telah pun tiba. Majoriti kampus sudah pun mengadakan penamaan calon, dan para aktivis politik kampus sudah pun merancang strategi untuk memenangi hati pengundi yakni mahasiswa mahasiswa di kampus. Kesemuanya akan berkerah untuk memenangkan calon wakil masing-masing. Jika dilihat, jentera-jentera kempen sudah pun memulakan penampalan poster, pengedaran bahan-bahan kempen dan penggunaan laman sosial seperti ‘facebook’, blog dan laman sesawang bagi menerangkan manifesto calon dan lain-lain. Namun, apa yang menarik hati saya ialah dalam kita melihat calon yang perlu diundi bagi memenuhi kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti.

Dalam keadaan sosiopolitik di negara yang kian runcing, pasti bahang ini akan terpalik di kampus-kampus. Oleh itu, mahasiswa perlu membuat pilihan yang betul dalam memilih calon dalam pembuangan undi yang ditetapkan sama ada 25 atau 26 September mengikut kampus masing-masing. Pelbagai manifesto yang dibuat merupakan antara ruang dan peluang bagi calon menyuburkan idealisme perjuangan mahasiswa. Semangat anak muda dalam perjuangan jangan dikesampingkan.

Pemuda merupakan asset penting bagi agama, bangsa dan negara. Hal ini disebabkan keupayaan mereka menggarap segala kemampuan yang ada dan mampu membawa sohwah (kebangkitan) yang dicita-citakan. Pemuda al-Kahfi, para pemuda yang memiliki hati-hati yang kuat ihtimam dengan hal ehwal saudara seagama, jauh mahupun dekat, mereka yang berkasih sayang kerana-Nya, kegigihan demi ketaatan kepada Allah s.w.t yang melayakkan kita mendapat naungan arasy-Nya pada hari yang tiada naungan lain padanya merupakan contoh terbaik pemuda yang ber’kepemuda’an. Pemuda yang sanggup menegakkan kebenaran kerana memahami erti sebenar perjuangan tanpa ada syak dan kecelaruan identiti.

Prof. Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (HAMKA) menulis di dalam bukunya Lembaga Budi, “Sememangnya generasi muda merupakan generasi terbaik untuk mengalami proses pembentukan mental, pembangunan sahsiah, dan ketangkasan fizikal. Mereka memiliki potensi yang pelbagai dan kejayaan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan sumber yang berkualiti”.

Dalam urusan pemilihan wakil, perjuangan idealisme mahasiswa perlu ditegakkan. Idealisme mahasiswa yang menginginkan kebenaran dan keadilan perlu diratai di semua pihak. Kesediaan mahasiswa dalam urusan sosial, ekonomi dan politik kenegaraan amat penting dalam era kini. Oleh itu, sarwa pandang yang betul perlu dimiliki oleh calon supaya gerak kerja gerakan mahasiswa teratur.

Namun, idealisme perjuangan ini perlu digandingkan dengan dua faktor utama yakni kredibiliti dan karismatik calon. Kredibiliti merupakan keupayaan seseorang calon untuk memberdayakan orang sekelilingnya untuk di bawa ke jalan yang benar dan adil. Seorang calon perlulah dinilai dengan melihat bagaimana individu tersebut berjaya menjadi contoh dalam pembentukan budaya kerja berpasukan, budaya ilmu yang diterapkan, dan budaya sihat sebagai seorang mahasiswa.

Selain itu, kredibiliti calon sebagai pemimpin juga perlu dilihat dengan memiliki 4 teras-teras pembangunan mahasiswa yakni idealime yang utuh, kekuatan spiritual, ketajaman intelektual dan ketangkasan nilai aktivisme. Keempat-empat teras ini membuktikan seseorang calon itu punya nilai dan kredibiliti untuk diangkat sebagai pemimpin pelajar. Saya yakin pemimpin pelajar yang berwibawa akan bertanggungjawab dalam memandu arah perwakilan pelajar dengan benar.

Seterusnya, aspek karismatik calon antara indicator penting sebagai pelengkap kepada kredibiliti calon yang perlu diangkat. Mengimbau kuasa kepemimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Kota Konstantinopel merupakan antara contoh bagaimana seorang pemimpin mahasiswa itu perlu ada nilai karismatik dalam diri. Seorang pemimpin mahasiswa bukan hanya mampu menghasilkan idea yang luar biasa tetapi mampu menurunkan kerangka pemikiran kreatif yang dimiliki ke bentuk komunikasi yang jelas kepada mahasiswa yang lain. Oleh itu, nilai imej dan personaliti calon antara perkara yang memperlihatkan calon punya karismatik.

Pengaruh karisma dalam pengucapan awam misalnya mampu menyentak emosi para pendengarnya, sebagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh merakamkan kalimah akhirnya di hadapan pejuang Uthmaniah: ‘Wahai anak-anakku, inilah aku. Aku bersedia mati di jalan Allah. Sesiapa yang cintakan syahadah di jalan Allah, ayuh ikutiku’.

Dalam konteks hari ini, seorang pemimpin pelajar perlu ada nilai-nilai kepimpinan yang jelas supaya pada masa depan, Malaysia akan dikemudi oleh anak-anak muda yang punya kejelasan pemikirannya, misinya dan visinya. Hal ini sejajar dengan kata-kata keramat ‘anak muda pada hari ini merupakan pemimpin negara pada masa hadapan’. Oleh itu, introspektif bagi semua calon yang bertanding dalam PRK pada kali ini perlu dibuat segera dalam mengimbau sejarah-sejarah perjuangan mahasiswa dan perlu dirakyatkan diperingkat akar umbi.

Akhirnya, saya tegaskan kepada semua calon untuk bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai perwakilan pelajar. Ingatlah, kekuatan kepemimpinan yang berjiwa gagah merupakan teras kekuatan ummah dalam bergerak ke satu arah yakni membina tamadun khayra ummah.

‘HIDUP BIAR BERJASA’

Khairul Anuar Bin Abdul Manap
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)