Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYAATAAN MEDIA PPIK BERHUBUNG ISU PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN

Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan Hudud di Kelantan adalah suatu langkah yang baik dan pihak kami mewakili suara pelajar-Mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut.

Hudud merupakan perlaksanaan Hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. Perintah perlaksanaan Hudud adalah bersifat qati’e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.

Pihak kami yakin Hudud boleh di laksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat.

Namun demikian pendidikan serta penerangan mengenai Hudud harus dibuat secara kosisten kepada masyarakat terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini dengan berteraskan ilmiyyah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.

PPIK mengecam tindakan pihak yang mempoltikkan isu Hudud ini demi kepentingan politik mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman ini zalim dan tidak adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam. Sedangkan perlaksanaan Hudud ini hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan alternatif lain, sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah SAW dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu Taurat dan didapati dalam kita itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah rejam. Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksaan Hudud kepada bukan Islam dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.

Pihak kami juga yakin bahawa perlaksaan Hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan gejala sosial yang berlaku diKelantan. Ini boleh dijadikan kajian (Eksperimen) bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksaan hukuman ini yang akan dirujuk oleh negeri-negeri lain dan seterusnya keperingkat negara.

Akhir sekali pihak kami menegaskan bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara pelajar-Mahasiswa di Kelantan yang tidak mempunyai pertalian dengan mana-mana parti Politik, mendesak agar pihak kerajaan pusat yang diterajui YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Bin Tun Razak agama membenarkan Hudud ini di laksanakan di Negeri Kelantan.

Kota Bharu, 11 Oktober 2011/12 Zulkaedah 1432H.

Sekian,
“HIDUP BIAR BERJASA”

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)

syah5487@gmail.com
http://badrulhaq.blogspot.com

PUSAT KEGIATAN PELAJAR,
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
2864-A,Tkt3, Wisma Al-Hikmah, Tanjong Mas,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

Tel: 609-771 4373 / 4371
Fax: 609-771 4372

Emel : ppik.kelantan@gmail.com
Laman sosial: www.facebook.com/pelajarkelantan
Laman Web : www.ppik-kelantan.blogspot.com

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)