Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KEMPEN MAWAR PUTIH : PEDULI KESELAMATAN KANAK-KANAK

mawar putih web

Kempen Mawar Putih telah dianjurkan bersama oleh pertubuhan bukan kerajaan seperti IKRAM, GEMA, PKPIM, GAMIS, dan ABIM. Seramai hampir 30 orang aktivis termasuk 6 daripada PKPIM terlibat dalam kempen ini, di mana para aktivis berjalan di sekitar KLCC dengan membawa sepanduk sambil mengedar risalah dan bunga mawar putih kepada pengunjung di sekitar sebagai simbolik kempen ini.

Kempen diinisiatif berikutan bertambahnya kes berkaitan keganasan terhadap kanak-kanak serta ketidakpedulian masyarakat terhadap keselamatan mereka, Kempen Mawar Putih ini mengajak masyarakat untuk sedar dan peduli bahawa menjaga keselamatan dan menyayangi kanak-kanak adalah tanggungjawab semua pihak. Melalui kempen ini, masyarakat diminta untuk menjadi masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran terutama terhadap kanak-kanak supaya sebarang kejadian yang tidak diingini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

AMALINA ISMAIL
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
PKPIM Sesi 2013/2014

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)