Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kembara Minda: Pelajar UNISEL Bantu Tingkatkan Motivasi Pelajar

 

BATANG BERJUNTAI, 10 Mac 2012 – Program ‘Kembara Minda’ anjuran bersama Sekolah Mengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Syah, GPTD (Grup Pengkaji Tamdun Dunia), PPMU (Persatuan Penggerak Mahasiswa Universiti) dan PEPIAS  (Persatuan Pelajar Selangor) telah diadakan di sini, hari ini.

Seramai 15 orang fasilitator telah  menjayakan program Kembara Minda di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Syah di Batang Berjuntai. Program ini disertai seramai 41 pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Program dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aktiviti MASS iaitu aktiviti ‘Pintu Gerbang’.

Program diteruskan dengan sesi LDK 1 iaitu sesi ta’aruf, ice-breaking dan mind-setting. Antara aktiviti yang dijalankan dalam LDK 1 ialah ‘Tak Kenal, Maka Tak Cinta’ dan ‘Terbang Kau Hilang’. Selepas itu, LDK 2 diteruskan. Pada sesi LDK 2, pelajar Muslim dan Non-Muslim diasingkan. Aktiviti yang dijalankan untuk pelajar Muslim ialah ‘Imam 5 Masjid’. Kepentingan solat dipentingkan dalam aktiviti ini. Aktiviti bagi pelajar Non-Muslim ialah ‘Pokok Kelapa vs Anda’. Para peserta diminta untuk menyenaraikan kelebihan pokok kelapa dan kelebihan diri sendiri.

11.00 pagi para fasilitator dan para peserta dibenarkan berehat dan slot motivasi oleh Dr. Wan Noor Asmara, pegawai kesihatan Unisel bermula 15 Minit kemudian. Majlis Perasmian Penutupan program berlansung pada 12.30 tengah hari. Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Sasuraja a/l Kolundai.

Majlis bersurai sekitar jam 1.30 petang dan para fasilatator dijamu makan tengah hari sebelum pulang ke Unisel. Selesai solat Zuhur di Masjid Umar bin Abdul Aziz, Unisel, post-mortem bagi program ‘Kembara Minda’ diadakan dan di ketuai oleh Penyelaras Program, Encik Muhammad Hafiz, Timbalan Presiden PEPIAS.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)