Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KAFI’13: MEDAN PERSIAPKAN AHLI

Program Kursus Asas Fasilitator Islam,KAFI telah berjaya dijalankan di Madrasah Ummah Raudhah betempat di Teras Jernang. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Dakwah dan Pembangunan Islam,PKPIM ini disertai oleh 25 orang peserta daripada beberapa kampus dan sekolah.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk menerapkan nilai-nilai asas sebagai fasilitator islam dan mengeratkan ukhuwah persaudaraan antara mahasiswa dan mahasiswi yang berminat untuk menjadi fasilitator. Program 3 hari 2 malam ini diisi dengan slot, bengkel, latihan dalam kumpulan serta pelan tindakan yang dapat membentuk jati diri fasilitator islam, justeru membantu dari aspek kemahiran untuk berjasa kepada masyarakat.

Presiden PKPIM, Saudara Ahmad Fahmi sendiri telah meluangkan masa untuk bersama dengan semua peserta dalam sesi perkongsian di akhir program. Menurut beliau, KAFI merupakan program asas kepada ahli sebelum mereka turun ke lapangan dan mendekati masyarakat. Silibus KAFI yang telah dirangka sedikit sebanyak menampung keperluan yang diperlukan oleh ahli PKPIM.

Diharapkan agar para peserta yang telah mengikuti kursus ini akan terus istiqamah dan bersama-sama di dalam pasukan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dalam merealisasikan cita-cita ummat Islam di Malaysia.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)