Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

HIKING DAN REHLAH UIA GOMBAK

Tanggal 30 oktober 2011 yang lalu, PKPIM UIAM sekali lagi mengadakan program yang berunsurkan kesihatan jasmani iaitu aktiviti Hiking dan Rehlah. Ini bertujuan untuk mngeratkan silaturrahim sesama ahli di samping mengkader ahli-ahli baru PKPIM dalam meluaskan ukhuwah sesama warga UIAM, Gombak. Program ini diadakan di Bukit Broga dan Sungai Tekala.
Peserta-peserta program di tempat kan di surau mahallah Safiyyah (sisters) dan surau mahallah Bilal (brothers) yang bertujuan untuk memudahkan pergerakan pada awal pagi 30 oktober. Semua peserta diminta berkumpul di Tangga besar UIAM, Gombak pada jam 4.00 pagi bagi sesi taklimat dan pendaftaran. Bas mula bergerak dan bertolak ke Bukit Broga jam 4.30 pagi.

Tiba di kaki bukit pada jam 5.30 dan terus dimulakan dgn warm-up sebelum memulakan aktiviti mendaki. Seramai 47 orang peserta yang turut serta mendaki. Setibanya di puncak bukit, para peserta menunaikan solat subuh dan sarapan pagi di samping dapat melihat pemandangan matahari terbit. Alhamdulillah, semua peserta mendaki dan turun dengan selamat.

Pada jam 9 pagi, para peserta tiba di kaki bukit dan terus menaiki bas menuju ke Sungai Tekala untuk sesi kedua program ini. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 30 minit. Setibanya di sana, aktiviti dimulakan dengan permainan bermodul seperti taaruf, pembahagian kumpulan, bermain harta karun (dalam sungai) dan banyak lagi. Dengan cara ini, ukhuwah antara peserta dapat disatukan malah dapat menambah kenalan di dalam kampus UIAM, Gombak itu sendiri.

Setelah penat dan puas menikmati suasana di atas bukit dan bersukan, peserta dihidangkan dengan makan tengahari yang menyelerakan. Setelah selesai menjamu selera, peserta diberi masa untuk aktiviti bebas seperti mandi-manda di sungai dan berkemas-kemas untuk pulang ke kampus Gombak.

Bas yang dinaiki peserta meluncur pulang ke Gombak pada jam 2 petang. Kepuasan jelas terpancar di wajah setiap peserta walaupun hakikatnya keletihan. Pihak penganjur sangat bersyukur dan berterima kasih bagi yang menjayakan program ini. Alhamdulillah, program Hiking & Rehlah ini berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya. Semoga dengan usaha ini, ukhuwah yang terjalin bukan lah setakat di kaki bukit, di puncak bukit, mahupun di sungai malah ia terus berkembang dan subur di kampus Gombak.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)