Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

GKKI 2013: “SUARA MASYARAKAT 2014”

GKKI

Seramai 100 orang aktivis yang terdiri daripada pimpinan pusat PKPIM, PEPIAS serta Kumpulan GEMPA PKPIM telah turun ke lapangan pada sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Gerakan Kempen Kesedaran Ijtima’I (GKKI) ini telah diketuai oleh saudara Khairul Anuar Abdul Manap, Setiausaha Agung PKPIM.

Untuk GKKI kali ini, satu kaji selidik bertemakan “Suara Masyarakat 2014” telah dijalankan. Isu kenaikan harga telah menjadi antara fokus kaji selidik tersebut. Selain menjalankan kaji selidik, para aktivis turut diberi tugas untuk melakukan tinjaun umum berkenaan dengan senario yang berlaku di Dataran Merdeka.

Suasana sesak di Dataran Merdeka yang dibanjiri dengan lautan manusia menyebabkan kesesakkan yang luar biasa. Lalulintas terpaksa ditutup dan pihak berkuasa mengawasi gerak geri pengunjung yang hadir. Ambang Tahun Baru kali ini diwarnai dengan demostrasi “TURUN” dan “GULING” yang diadakan atas ketidakpuasan hati rakyat.

“Poster ada di mana-mana. Para demostran kebanyakkan berbaju hitam dan bertopeng sambil melaungkan perkataan “TURUN” ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur sedang berucap”. Kata saudara Harith, salah seorang aktivis yang hadir.

Daripada hasil kaji selidik yang telah dijalankan, kebanyakkan koresponden melahirkan rasa kurang senang dengan kenaikan harga barang. Mereka yang memberi respon berpandangan kenaikan harga barang akan menambah beban kos sara hidup rakyat.

Saudara Syahmin yang merupakan mahasiswa KUIS berpandangan, 2014 adalah tahun kepada para mahasiswa untuk menjadi lebih cermat dan bijak dalam membelanjakan pembiyaan pendidikan yang mereka terima. Pemberian bantuan seperti Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) perlu dimaksimakan penggunaannya oleh para mahasiswa untuk meringankan bebanan mereka.

Sehubungan dengan itu, PKPIM akan mengadakan Forum Lorong Tengah (FORLOT) bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan impaknya terhadap mahasiswa.

NUR ‘ALIA AMIR HAMZAH
Exco Pembangunan Sosial PKPIM
Sesi 2013/2014

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)