Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

FORLOT :Forum Anti Jenayah

 

Isu keselamatan anak-anak, penculikan dan lari dari rumah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja perempuan semakin banyak diperkatakan oleh media massa. Malah, setiap hari semakin bertambah kes-kes baru yang melibatkan kanak-kanak perempuanini.

Setelah tragedi yang menimpa Adik Nurul Nadirah Abdullah @ Dirang bulan lalu, masyarakat telah memperlihatkan bahawa kelemahan institusi keluarga merupakan faktor penyumbang kepada kes-kes sebegini. Ia merujuk kepada kelalaian ibu bapa dalam menjaga keselamatan anak-anak sehingga terjadinya kes-kes lari dari rumah dan penculikan.

Namun, kelemahan ibu bapa dalam mengawal anak-anak tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya asbab diatas perkara yang telah berlaku. Masyarakat juga sebenarnya perlu memainkan peranan dalam menjaga keharmonian dan keselamatan kanak-kanak dan remaja perempuan yang juga merupakan sebahagian dari entiti kecil di dalam masyarakat.

Oleh itu, forum ini akan berfokus kepada sikap lengah masyarakat yang tidak mengambil berat mengenai keadaan sekeliling mereka dan bersikap ‘tidak mengapa’ sehingga ianya memberi kesan kepada keadaan sosial di dalam masyarakat. Forum ini juga akan memberikan satu bentuk pemahaman tentang peranan masyarakat dalam membentuk persekitaran yang selamat serta membantu menguatkan institusi keluarga di dalam masyarakat itu sendiri.

Anjuran

Majlis Hewi Kebangsaan (MHK)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Dengan Kerjasama

Women Affairs Association (WAFA),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    DEMI AL-QUDS, MARILAH KITA BERSATU HATI

    Muhamad Adib Irfan FazilSaidatunnisa’ Zainuddin Bersempena dengan Sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Warga Palestin, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Pelajar [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)