Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Wacana Anak Muda di Bumi Kenyalang

KUCHING, 04 Feb:    Teknologi merupakan satu keperluan bagi memudahkan urusan kehidupan manusia. Namun, apakah teknologi bakal mempengaruhi penggunanya ke arah kebaikan atau kemudaratan? Justeru, bagi memugar persoalan ini, Angkatan Belia Islam Malaysia cawangan Negeri Sarawak telah menganjurkan Wacana Anak Muda dengan tajuk “Teknologi: Bahana atau Jaminan”, bertempat di dewan besar Dewan Bahasa dan Pustaka Sarawak, di sini.

Para panelis yang hadir membincangkan topik ini ialah Ketua Biro Dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia Ustaz Hasri Harun, Ketua Unit Bahasa, Perkamusan dan Peristilahan DBP Sarawak, Hj Shantrol Abdullah, Pensyarah Fakulti Pengajian Polisi UiTM Sarawak Awang Fardhillah Awang Hussien dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Saudara Mohammad Fazril Saleh.

Antara isu yang paling mendapat perhatian dalam forum ini ialah impak teknologi maklumat terhadap anak muda dan bagaimanakah teknologi ini mampu digembleng untuk pelaksanaan dakwah kepada masyarakat.

Bagi pandangan Penolong Setiausaha Agung PKPIM, Mohammad Fazril Saleh, teknologi itu mampu dikawal dengan pegangan nilai dan jati diri yang kukuh. Beliau juga menyampaikan tips dakwah ‘7P’ cara anak muda yang memanfaatkan teknologi dan sempat berseloroh tentang fenomena ‘Angry Bird’ dan ‘Blackberry’. Dengan selingan dan humor oleh para panelis, suasana forum kelihatan santai dan bersahaja.

Menurut Saudara Afiq Asyraf selaku pengarah program, wacana ini merupakan medan untuk memupuk generasi muda yang berilmu. Beliau yang juga merupakan exco Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia berkata, kekuatan sesuatu tamadun itu bergantung kepada sejauh mana perkembangan masyarakatnya dalam bidang ilmu.

Wacana ini mendapat liputan meluas media massa. Program dihadiri oleh lebih daripada 100 orang mahasiswa, pelajar sekolah dan orang awam.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)