Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN

  1. Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala insan.

Adik-adik calon SPM sekalian,

  1. Mewakili pimpinan dan seluruh warga Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon SPM Tahun 2025 atas usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan pembelajaran.
  2. Pada hari ini, 366,435 pelajar di seluruh negara menerima keputusan masing-masing. Ini merupakan satu detik penting yang menandakan berakhirnya satu fasa, dan bermulanya satu perjalanan baharu dalam kehidupan.
  3. Kita memahami bahawa saat ini hadir dengan pelbagai perasaan, gembira, syukur, lega bahkan mungkin kecewa. Semua ini adalah fitrah. Namun, yang lebih penting adalah bagaimana kalian menafsirkan keputusan ini dalam membentuk langkah seterusnya.

Adik-adik yang berpotensi,

  1. Hakikatnya, dunia hari ini bergerak dengan pantas dan penuh cabaran. Kejayaan tidak lagi ditentukan oleh satu keputusan peperiksaan semata-mata, tetapi oleh keupayaan untuk belajar semula, menyesuaikan diri dan terus membina nilai diri.
  2. Oleh itu, jangan sesekali terperangkap dalam satu definisi kejayaan yang sempit. Dunia memerlukan generasi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berkemahiran, berdaya tahan dan mempunyai jiwa kepimpinan.
  3. Jika kalian memperoleh keputusan yang cemerlang, bersyukurlah dan teruskan dengan rendah hati. Jika keputusan tidak seperti yang diharapkan, bangkitlah dengan lebih kuat kerana potensi kalian tidak pernah terhad pada sekeping keputusan.

Adik-adik yang berkemajuan,

  1. Setiap daripada kalian mempunyai jalan yang tersendiri. Ada yang akan melanjutkan pengajian, ada yang memilih laluan kemahiran dan ada yang akan membina pengalaman hidup secara berperingkat. Semua ini adalah laluan yang bermakna jika diisi dengan kesungguhan dan tujuan.
  2. Dalam era hari ini, yang membezakan seseorang bukan sekadar keputusan, tetapi sikap terhadap pembelajaran, keupayaan berfikir, dan kesediaan untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Adik-adik yang bitara,

  1. Jangan pernah meragui nilai diri kalian. Setiap usaha yang telah dilakukan adalah langkah menuju kematangan. Setiap cabaran yang dihadapi adalah latihan untuk membina kekuatan.
  2. Ingatlah, perjalanan ini masih panjang. Apa yang menentukan masa depan kalian bukan apa yang berlaku hari ini, tetapi apa yang kalian pilih untuk lakukan selepas hari ini.
  3. Maka bangkitlah dengan keyakinan, teruskan langkah dengan kesungguhan dan bina masa depan dengan nilai dan prinsip.
  4. Akhirnya, saya ingin menyeru kepada seluruh generasi muda:

Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah insan yang lulus dalam kehidupan.

Bangkit, bina potensi dan pimpin masa depan, kerana negara ini menunggu peranan kalian.


“HIDUP BIAR BERJASA”

Muhamad Adib Irfan Bin Fazil

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)