Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius berkenaan isu yang tular terkait seorang mahasiswa di sebuah Universiti Awam di Pahang yang bertindak menghina kesucian al-Quran dengan memijak al-Quran serta mempamerkanya di dalam media sosial. Tidak sekadar itu, selain daripada menginjak dan mencemar kesucian kitab suci al-Quran mahasiswa tersebut juga telah melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di dalam platform media sosial ini. Isu ini sama sekali tidak boleh dipandang ringan dan enteng oleh semua pihak kerana perbuatan biadap ini telah mengguris hati Umat Islam khsususnya di Bulan Ramadan yang mulia ini.
PKPIM melihat perkara ini adalah hasil daripada naratif Islamophobia yang masih berakar dalam sebahagian individu yang berpunca daripada “kejahilan” terhadap konteks kehidupan masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, PKPIM mengesyorkan beberapa langkah ampuh dalam menangani masalah Islamophobia dan salah faham terhadap Islam di Malaysia ini dengan beberapa langkah:
PKPIM ingin menegaskan, sejak dahulu negara Malaysia telah dibentuk daripada kerukunan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama. Oleh hal yang demikian, PKPIM mengecam sebarang tindakan provokasi yang menghina agama sehingga boleh mencetuskan perbalahan sesame rakyat di Malaysia. Kemajmukan di Malaysia, sepatutnya tidak memberi ruang terhadap kewujudan Islamopohobia dan Rasisme!
HIDUP BIAR BERJASA!
Muhammad Syamil Bin Omar
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia