Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SPRM MESTI BEBAS DARIPADA KRISIS KETIRISAN:REFORMASI INSTITUSI TIDAK BOLEH DITANGGUHKAN LAGI

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius rentetan laporan media antarabangsa (Bloomberg) baru-baru ini yang membangkitkan persoalan besar mengenai integriti, pemilikan saham dan dakwaan campur tangan dalam urusan penguatkuasaan membabitkan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebagai wadah perjuangan mahasiswa yang meletakkan nilai Adab dan Ilmu sebagai teras, PKPIM menegaskan bahawa institusi pencegahan rasuah tidak boleh dibiarkan terpalit dengan sebarang persepsi negatif yang boleh meruntuhkan kepercayaan rakyat dan komuniti antarabangsa.

Sehubungan itu, PKPIM menggariskan tiga (3) tuntutan utama demi menjamin keutuhan negara:

  1. Siasatan Bebas dan Telus Melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
    PKPIM mendesak agar satu siasatan yang benar-benar bebas, melangkaui kawalan eksekutif, dilaksanakan segera. Memandangkan dakwaan ini melibatkan “konflik kepentingan” dan “corporate mafia”, siasatan dalaman sahaja tidak lagi memadai untuk memuaskan hati rakyat. Ketelusan dalam proses ini adalah prasyarat utama untuk membersihkan nama baik institusi SPRM.
  2. Cadangan Cuti Rehat Bagi Melancarkan Siasatan
    Demi memastikan prinsip Check and Balance (Semak dan Imbang) berjalan dengan adil tanpa sebarang gangguan atau pengaruh, PKPIM berpandangan wajar untuk pegawai tertinggi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut mengambil cuti rehat sehingga proses siasatan selesai sepenuhnya.
  3. Percepatkan Reformasi Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM
    Krisis yang berulang ini membuktikan betapa mendesaknya keperluan untuk meletakkan SPRM di bawah seliaan Parlimen Malaysia sepenuhnya. Proses pelantikan dan pemecatan Ketua Pesuruhjaya SPRM mestilah melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memastikan individu yang memegang jawatan tersebut benar-benar bebas daripada pengaruh politik mahupun korporat.

PKPIM ingin mengingatkan bahawa integriti bukan sekadar slogan, tetapi ia adalah amanah dan tiang seri keutuhan negara. Sekiranya benteng terakhir melawan rasuah ini retak, maka runtuhlah keyakinan pelabur, pincanglah sistem pentadbiran dan yang paling utama, masa depan generasi muda akan tergadai akibat budaya normalisasi salah guna kuasa.

Kami menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat Malaysia untuk terus cakna dan tidak berkompromi dalam isu integriti. Malaysia memerlukan sebuah agensi anti-rasuah yang bukan sahaja berdedikasi dan komited tetapi bersih daripada sebarang ketirisan.


HIDUP BIAR BERJASA


Muhamad Adib Irfan Bin Fazil
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)