Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah beralih ke fasa yang lebih mencabar yang penuh dengan peluang dan tantangan. Dan ia bergantung pada hala tuju kalian pasca SPM. Waktu selepas SPM ini singkat, tetapi sangat menentukan. Jika diisi dengan baik, ia akan menjadi modal hidup yang panjang. Jika dibiarkan kosong, ia mudah menjadi masa yang hilang tanpa arah.

Kami mencadangkan beberapa perkara yang kalian boleh lakukan di masa yang singkat ini:

  1. Rehat yang baik. Rehat emosi dan badan, perbaiki rutin harian, betulkan kitaran tidur dan perbanyakkan bersenam.
  2. Tetapkan arah tuju. Fikirkan tiga perkara, “aku nak jadi apa?”, “Bidang apa yang aku minat?” dan “Laluan apa yang perlu aku ikut (STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma)?”
  3. Buat perancangan yang baik. Semak tarikh-tarikh yang penting, sediakan dokumen-dokumen penting, cuba meneroka bidang yang anda minat di internet dan buat senarai pilihan universiti atau apa-apa institusi pendidikan yang diminati.
  4. Belajar atau asah kemahiran-kemahiran yang penting. Misalnya Bahasa Inggeris, pengucapan awam, literasi kewangan, digital design dan sebagainya. Luangkan masa hanya 30 – 60 minit untuk belajar kemahiran baru ini setiap hari.
  5. Bina pengalaman dan portfolio. Sertai NGO, program sukarelawan, pertandingan, kursus pensijilan atau kerja sambilan yang menambah nilai. Pengalaman inilah yang membuatkan kalian lebih terkehadapan dari yang lain-lain.
  6. Jaga iman, disiplin dan akhlak. Menjaga solat, membaca al-Quran, solat berjemaah, menjaga disiplin waktu diri, membaca buku, menghormati ibu dan ayah, ziarah guru-guru dan sebagainya. Masa lapang tanpa disiplin biasanya menjadi punca kemaksiatan.
  7. Pilih lingkungan atau kawan-kawan yang baik. Carilah rakan atau kominiti yang baik yang mampu menambah nilai pada kita. Sabda Rasulullah ﷺ “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.”

Jadilah anak muda yang membina masa depan bukan dengan trend semata-mata, tetapi dengan ilmu, disiplin, dan nilai. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kalian, mengurniakan keputusan yang terbaik dan menjadikan kalian generasi yang berilmu, beramal, dan berbakti kepada ummah serta negara.

HIDUP BIAR BERJASA!

MUHAMAD ADIB IRFAN BIN FAZIL
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sesi 25/26

ARTIKEL & BERITA PKPIM

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)