Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM MENGECAM PERBUATAN TIDAK BERMORAL DALAM INSIDEN SERBUAN SPA SONGSANG

PKPIM memandang serius laporan serbuan terhadap sebuah spa songsang yang melibatkan individu Islam serta penjawat awam. PKPIM mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak bermoral ini yang jelas melanggar syariat Allah dan undang-undang negara.

PKPIM menyokong tindakan tegas pihak berkuasa dan institusi berkaitan, selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993.

PKPIM menyeru semua pihak yang terlibat untuk bermuhasabah, mendapatkan bimbingan kerohanian, menjauhi persekitaran tidak sihat, tidak menormalisasikan perbuatan maksiat dan komited dengan proses pemulihan diri.

Perbuatan seperti ini semakin berleluasa, khususnya dalam kalangan remaja, dan tidak boleh dinormalisasikan dalam media sosial, filem atau mana-mana platform massa.

Pembinaan negara MADANI bermula dengan pembinaan akhlak. Maruah dan amanah adalah tanggungjawab besar yang wajib dipelihara.

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.” (Ar-Ra’d: 11)

Hidup Biar Berjasa!
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)