Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PENGUMUMAN BARISAN KEPIMPINAN KANAN PKPIM SESI 2019-2020

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM)
30 Oktober 2019

PENGUMUMAN BARISAN KEPIMPINAN KANAN PKPIM SESI 2019-2020

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah selesai melangsungkan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan kali ke-58 (MPAT 58) pada 25 hingga 27 Oktober 2019 bertempat di Bangi Avenue Convention Center serentak dengan penganjuran Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia (Se-BANGSA) 2019.

MPAT 58 kali ini telah menyaksikan kehadiran seramai 262 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara. Turut diumumkan pelantikan Saudara Ahmad Farhan Rosli sebagai Presiden PKPIM ke-34 bagi mengemudi PKPIM bagi sesi 2019-2020. Beliau merupakan mantan Penolong Setiausaha Agung PKPIM Sesi 2018-2019 dan Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi sesi 2019-2021.

Berikut merupakan senarai penuh Barisan Kepimpinan Kanan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bagi sesi 2019-2020 seperti mana diumumkan dan diluluskan para perwakilan.

Barisan Kepimpinan Kanan PKPIM Sesi 2019-2020

Presiden:
Ahmad Farhan Rosli

Timbalan Presiden:
Lutfil Hadi Roslee

Naib-Naib Presiden:
Ahmad Amsyar Ahmad Effendy
Muhammad Aqil Iqbal Mohd Zulkiffli
Nurul Aqilah Mahmud
Siti Hawa Bukhari

Setiausaha Agung:
Irfan Faruqi Mohd Fairus

Bendahari Kehormat:
Nur Balqis Faraheen Zainuddin

PKPIM komited dan bersedia menggerakkan agenda meremajakan kepimpinan dalam menyahut seruan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Majoriti pimpinan baharu PKPIM terdiri daripada mereka yang berusia 21-24 tahun. PKPIM juga komited mengangkat suara wanita dalam aspek kepimpinan dengan pelantikan lebih daripada 30% pimpinan utama adalah terdiri daripada golongan ini.

PKPIM juga bertekad kembali memainkan peranan sebagai rakan pembangunan negara terutama dalam konteks pembinaan Bangsa Malaysia sebagai mana ditegaskan dalam ucapan dasar Presiden PKPIM ke-33, Saudara Muhamad Nur Iman Abdul Khudus bertemakan Manifestasi Ulul Albab Dalam Kelangsungan Generasi Bitara : Memimpin Perubahan Memaknai Citra KeMalaysiaan. PKPIM bersedia untuk menjadi duta perpaduan rakyat Malaysia bagi memastikan kepelbagaian rakyat diurus dengan hikmah didasari semangat cintakan negara yang tinggi.

PKPIM beriltizam mengangkat 17 Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG2030) yang digariskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai manifestasi tekad besar memastikan kelestarian dan keseimbangan masyarakat sejagat dapat direalisasikan.

“Without fear and favour”, PKPIM akan terus memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak bersama rakan-rakan gerakan mahasiswa dan pertubuhan masyarakat madani yang lain terutama dalam isu kemiskinan, kebumiputeraan dan kesejahteraan rakyat Malaysia amnya dan generasi muda mahasiswa khasnya.

PKPIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson (Presiden PKPIM Keenam), seluruh perwakilan BGN dan Kampus dan peserta yang hadir, seluruh penggerak Seminar Pembinaan Bangsa Malaysia 2019, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan Majlis Perhimpunan Agung Tahunan PKPIM kali ke-58.

Hidup Biar Berjasa!

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Sesi 2019-2020.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)