Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM DESAK KERAJAAN JANGAN U-TURN ISU PPSMI .

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kenyataan Perdana Menteri berkaitan kajian pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara
.

PKPIM berpandangan bahawa PPSMI adalah dasar yang gagal berasaskan rujukan kepada banyak kajian yang telah dijalankan. Ini termasuklah dapatan yang menyatakan hanya lapan peratus guru bersedia untuk mengajarkan subjek-subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris atas faktor kesukaran bertutur dalam bahasa berkenaan
.

PKPIM juga berasakan dasar ini akan menyebabkan para murid terutama di luar bandar menjadi kurang berminat dengan Sains dan Matematik atas faktor tidak dapat memahami apa yang diajar atas sebab kekangan kemahiran berbahasa Inggeris
.

PKPIM setuju akan kepentingan memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris. Ini harus dilaksanakan dengan meneroka kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris yang lebih mesra pelajar dan bukannya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sesi P&P
.

Akhir kata, PKPIM menuntut agar kerajaan tidak mengambil langkah ‘u-turn’ dalam isu ini. Kami tidak teragak-agak untuk bersama dengan para pejuang bahasa untuk kembali mengusung Keranda 152 demi memastikan kedudukan Bahasa Kebangsaan terus dipertahan
.

MUHAMMAD NUR IMAN ABDUL KHUDUS ialah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)