Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Kunjungan Hormat PKPIM bersama Menteri Luar Malaysia
pkpim-admin
17/04/2019
PKPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri di Wisma Putra hari ini. Kunjungan ini diadakan bagi membina jaringan antara PKPIM sebagai Badan Masyarakat Madani (CSO) mewakili Pelajar Islam di Malaysia dengan Kementerian Luar Negeri (KLN).
PKPIM juga menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan KLN dalam hal ehwal antarabangsa, terutamanya di rantau Asia Tenggara dengan tema Dunia Islam (the Muslim World) melalui penganjuran wacana dan latihan.
PKPIM diwakili oleh Presiden PKPIM, sdr. Iman Abdul Khudus, Naib Presiden PKPIM, sdr. Hakim Nizam dan Exco Antarabangsa, sdr. Irfan Fairus.
Untuk kita, umat manusia sejagat, 2020 adalah suatu pengalaman yang menginsafkan. Pengalaman ini dilatari dengan deretan krisis yang melanda peradaban manusia. Bumi ini bukan sahaja dilanda wabak pandemik kesihatan COVID-19 [...]
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu tular berkaitan penjualan sandwich “Ham dan Cheese” oleh rangkaian peruncitan KK Mart, yang telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat Islam di [...]
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
+6017 372 0453 (SUK PKPIM)
pkpim_spp@yahoo.com
Isnin - Jumaat 8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.