Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

POLITIK UNTUK DULU, KINI, SELAMANYA

politik

Asakkan menggulingkan menteri besar di Kedah kembali “backfire” kepada para pemain politik/warloads di sana rentetan “wrong timing” pihak pengatur di peringkat nasional/induk dalam mencipta persepsi dan membentuk gelombang momentum.

Kini, peluang diambil “internal dissenters” yang diketepikan dan dibantai melalui “state apparatus” rejim sedia ada yang dipalit skandal namun berada di landasan “mainstream”. Golongan “tokoh terpelanting” ini berupaya mengukuhkan pengaruh sekiranya bijak menyusun langkah dan seterusnya menjadi “major power brokers”.

Namun, lebih membimbangkan adalah kelemahan pihak oposisi sekarang yang tiada kredibiliti untuk mengemukakan alternatif berkesan apatah lagi jauh sekali daripada memperoleh keyakinan umum bagi mengemudi perjalanan menuju kepada sebuah pentadbiran akibat hilangnya “bankable icon” mereka dan mekarnya “party skirmishes”.

Namun, sebuah lagi pandangan yang mungkin mampu diraih ialah bagaimana situasi ini membuka jalan kepada berlakunya perebutan kuasa antara 3 pihak iaitu team perpaduan (rejim nasional+puak ulama) vs team mantan (tokoh terpelanting+pengikut nostalgia) vs team perjanjian (pihak oposisi+calon terdesak).

Ini seterusnya membawa kepada kemungkinan terbentuknya satu kemenangan “wipe-out” di negeri-negeri terpilih oleh salah satu team yang berjaya mendominasi sentimen, “spin” slogan popular, kontroversi akidah dan mengutarakan perihal yang bersifat “alih perhatian” demi mengelirukan masyarakat kepada kondisi “divide and rule” dalam kalangan majoriti Bumiputera itu sendiri.

Ini seterusnya akan menjadi markas kekuatan baharu bagi mereka yang kian merasa tergugat di posisi sedia ada.

Hasil set up “wayang” ini secara tidak langsung memberikan satu “smokescreen” kepada realiti tekanan yang dihadapi rejim nasional/induk agar dapat melunturkan semangat perubahan melalui “mainan masa” yang dilengah-lengahkan hingga orang awam kembali alpa-leka lantaran tiada satu simbol mencetuskan “mutual agenda” seperti yang sudah kerap dilakukan rejim berdasarkan modus operandi.

Maka, segala kesalahan urus tadbir yang berlaku akan tenggelam ditelan zaman terutama dengan kesempitan kehidupan yang dialami golongan pendapatan rendah-menengah yang apabila ditawar pada “last minute” segala macam “instant gula-gula” atau habuan dan “retorika palsu” yang beri reaksi segera dalam menyokong rejim nasional/induk agar kekal berkuasa dan memelihara kelangsungan kelas elit.

Dua situasi ini haruslah dilihat di sudut pandang faktor iklim/mood semasa dan faktor isu-isu setempat berbanding isu nasional lebih memainkan peranan penting di kawasan luar Lembah Klang. Faktor pengundi muda belia yang kian kecewa serta mengendahkan polemik politik kerana hilang idealisme di samping terus asyik dibuai dengan perkara-perkara bersifat hiburan ber’trend’ berikutan dilatih sistem pendidikan yang tempang disemai dengan “culture of fear” dan “acadamic restrictions”, juga faktor golongan wanita yang bersikap konservatif untuk status quo adalah elemen sampingan yang memberi kesan besar kepada “final outcome” kelak.

Sistem, ideologi, roh, sejarah, ahli, kaedah, pendidikan dan mentaliti politik di Malaysia yang jauh keterbelakang dan terkekang ini memberikan suatu gambaran yang amat malang lagi suram dalam masa ia wajar mula menganjak jauh ke hadapan dan berpartisipasi secara menyeluruh untuk mengorak langkah dalam memimpin umat ke arah suatu pembaharuan lebih baik.

Pemimpin yang teruk dicipta daripada kalangan pengikut yang bodoh, warga keilmuan yang bisu, dan kaum penentang yang lemah. – 21 Januari, 2016.

Halmie Azrie Abdul Halim
PKPIM & ABIM Activist

*This article has been published in The Malaysian Insider,
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/politik-untuk-dulu-kini-selamanya-halmie-azrie-abdul-halim

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)