Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

KENYATAAN MEDIA PKPIM: KEKANG SALAHGUNA VAPE, KERAJAAN HARUS TEGAS

vape

KENYATAAN MEDIA PKPIM
17 November 2015

“KEKANG SALAHGUNA VAPE: KERAJAAN HARUS TEGAS”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada fenomena menghisap vape dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya remaja dan belia yang mencetuskan polemik dalam negara baru-baru ini. Pada bulan Ogos yang lalu, mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan vape sebagai haram. Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bertindak melakukan operasi merampas rokok elektronik dan vape bernikotin di sekitar Ibu Kota. PKPIM melihat tindakan kedua-dua institusi ini sebagai wajar dalam usaha mengekang salahguna vape dan rokok elektronik pada masa hadapan.

Oleh yang demikian, sebagai warganegara yang peduli dan prihatin dengan perkembangan masyarakat Malaysia, kami menyatakan sikap tegas menolak sebarang bentuk rokok elektronik ataupun vape sebagaimana pendirian kami menolak rokok biasa. PKPIM konsisten dalam perjuangan kami menentang budaya merokok. Sama ada rokok biasa, atau rokok elektronik kesemuanya akan mendatangkan mudarat kesihatan dan juga kebejatan budaya.

PKPIM juga ingin mengingatkan kerajaan supaya mengutamakan kepentingan kesihatan rakyat daripada menjaga kepentingan segelintir peniaga vape atau rokok elektronik. Pihak kami sangat kecewa dengan sikap berlengah-lengah kerajaan dalam mengatasi masalah vape ini sedangkan puluhan tahun negara berusaha mengatasi masalah ketagihan rokok dan dadah di negara ini.

Selain menyokong tindakan dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PKPIM juga memohon disegerakan kajian menyeluruh mengenai kesan vape terhadap kesihatan manusia. Kami yakin ini akan menjadi bukti penting bagi mengekang gejala vape di negara ini. Pihak kami juga menyarankan KKM melancarkan kempen “Tak Nak Vape” sebagaimana kempen “Tak Nak Rokok” yang pernah diusahakan sebelum ini. PKPIM sedia membantu KKM dalam menggerakkan kempen ini sekiranya diperlukan.
Mohammad Fazril bin Mohd Saleh
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

17 November 2015
Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh
013-2775313/ fazrilsaleh@gmail.com

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)