Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM GESA KONSERT LIFE IN COLOR MALAYSIA DIBATALKAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang serius isu dan masalah budaya hedonisme yang berlegar dalam kalangan anak muda di Malaysia. Berdasarkan aduan dan respon yang diperoleh dalam kalangan pelajar, PKPIM menggesa agar Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan membatalkan Konsert Life in Color Malaysia yang dijadualkan pada 19 April 2014 di Sepang Go Kart Circuit, Malaysia.

Merujuk kepada laman sesawang http://www.tourism.gov.my , jelas membuktikan konsert ini salah satu kaedah mempromosikan budaya hiburan melampau, pergaulan bebas dan menyumbang kepada peningkatan kadar statistik masalah sosial dalam kalangan anak muda. Berdasarkan pemerhatian pasukan Generasi Muda Prihatin (GEMPA) PKPIM, pengedaran dadah dan minuman keras juga pasti akan berlaku semasa konsert berlangsung. Jelas, penganjuran aktiviti hiburan hedonisme yang melampau akan meyumbang kepada kesan-kesan negatif dalam pembangunan bangsa berwawasan di Malaysia seterusnya mengagalkan Wawasan 2020 yang diimpikan.

PKPIM amat bersimpati dengan keluarga 6 orang anak muda yang mati dalam Konsert FMFA (Future Music Festival Asia) yang telah berlangsung 13-15 Mac (telah dibatalkan setelah 2 hari berlangsung) yang lalu di Stadium Bukit Jalil, Malaysia. Kita berharap agar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz bertanggungjawab atas kematian yang berlaku. Berdasarkan gambar yang tersebar di laman sosial jelas membuktikan Konsert FMFA ini dirasmikan oleh YB Menteri sendiri. Kami juga berharap generasi muda mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.

PKPIM juga ingin mengingatkan pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan agar menilai kembali aktiviti-aktiviti yang direncanakan bagi mempromosi Malaysia di peringkat antarabangsa supaya selaras dengan nilai-nilai kebudayaan dan adat resam orang Malaysia. Kita yakin dan percaya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 harus dinilai dan dikaji semula implementasiannya mengikut kesesuaian era masyarakat Malaysia yang pelbagai, namun kekal dalam bingkai kesatuan.

PKPIM menegaskan kembali bahawa Konsert Life in Color Malaysia perlu dibatalkan dan kami yakin kita mempunyai pelbagai medium lain untuk mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa. PKPIM berharap agar kita semua bertanggungjawab dalam hal ehwal pembinaan bangsa Malaysia yang mempunyai nilai jati diri dan identiti. Jangan biarkan anak muda kita dilalaikan dengan budaya hedonisme yang melampau sehingga hilang maruah dan hilang segala-galanya. PKPIM juga akan menggerakkan Gerakan Kempen Kesedaran Anti-Hedonisme serta akan menghantar Memorandum Bantahan kepada Menteri yang bertanggungjawab.

 

HIDUP BIAR BERJASA

Khairul Anuar bin Abdul Manap

Setiausaha Agung

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)