Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

UNIVERSITI HALANG MAHASISWA BINCANG SOAL PRU13

Pada 21 Mac yang lepas, Sekolah Massa merancang untuk mengadakan Forlot (Forum Lorong Tengah) di UIAM bertajuk PRU ke-13 : Meniti Saat-Saat Akhir, Merenung Masa Depan. Namun kami mendapat panggilan supaya membatalkan program tersebut daripada pihak keselamatan universiti. Alasannya tidak mendapat kebenaran. Namun atas semangat cintakan kebenaran dan menganggap bahawa hak bersuara adalah hak semua rakyat termasuk mahasiswa, program diteruskan juga dengan menukar tempat. Panel yang hadir adalah Fazril Saleh daripada PKPIM dan Safwan Anang daripada SMM. Manakala panel dari PEMBINA menarik diri apabila terdapatnya campur tangan pihak keselamatan.

Tidaklah dapat dipastikan apakah alasan sebenarnya program ini diminta dibatalkan kerana alasan tidak mendapat kebenaran adalah alasan yang lemah. Mungkin kerana adanya Safwan sebagai panel. Namun apa yang membimbangkan adalah mungkin UIAM cuba untuk menghalang mana-mana perbincangan mengenai PRU di kampus. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa program sebelum ini yang berkaitan dengan politik dibatalkan pada saat akhir walaupun mendapat kebenaran pada mulanya.

Tindakan tidak matang seperti ini dianggap sebagai menyekat hak bersuara mahasiswa dan menghalang mereka mendapat maklumat mengenai PRU ke-13. Mahasiswa kini lebih bijak dan muak dengan maklumat yang disumbat dari sebelah pihak sahaja. Negara Malaysia melaksanakan sistem demokrasi berpilihanraya sepatutnya menjadikan PRU ke-13 sebagai hari raya untuk rakyat di mana rakyatlah yang berkuasa, bukan lagi tuan-tuan politik yang sudah tamat tempoh apabila parlimen dan DUN bubar. Universiti sepatutnya membuka ruang seluas-luasnya untuk perkara ini dibincangkan di kampus dan biarkan mahasiswa membuat pilihannya sendiri.

Pentadbir universiti juga dilihat masih di takuk lama, masih terlalu takut sekiranya isu PRU dibincangkan, mereka akan mendapat tindakan. Ini adalah contoh budaya tidak sihat di peringkat universiti kerana sepatutnya pihak pentadbir dan ahli akademik lebih berani. Apatah lagi di zaman langit terbuka ini, mahasiswa tetap boleh mendapat maklumat tentang PRU dari sumber lain. Ini menyebabkan imej universiti tercemar dan melanggar semangat penubuhan universiti iaitu sebagai gelanggang pertentangan idea.

Akhirnya mahasiswa universiti yang semakin bijak dapat membuat penilaian pihak mana yang menghormati ketinggian budaya ilmu di universiti dan pihak mana yang merosakkan idealisme anak muda dengan budaya hedonisme. PRU ke-13 inilah tempat yangs sesuai untuk mahasiswa untuk memilih pemimpin jenis apakah yag mereka mahu, dan mana-mana pemimpin yang menyekat kebebasan bersuara  mereka akan dihukum oleh undi mahasiswa dan anak muda.

Mohammad Syazwannuddin bin Shaharuddin
Koordinator Sekolah Massa
Merangkap Exco Pendidikan dan Penyelidikan PKPIM

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)