Alhamdulillah, pada 11 November 2012, EXCO Pembangunan Sosial dan EXCO Antarabangsa, Jabatan Massa PKPIM telah berjaya melaksanakan Bengkel Belia Cakna Isu di Universiti Sains Islam Antarabangsa ( USIM). Bengkel ini telah dihadiri oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar USIM dan KUIS. Secara umumnya, bengkel ini dibahagikan kepada 2 slot utama iaitu dengan fokus kepada isu semasa umat Islam di dalam dan luar negara. Slot pertama pertama disampaikan oleh penceramah jemputan daripada DARWA iaitu Ustazah Hazlina dengan fokus kepada isu kritikal remaja , peningkatan statistik anak luar nikah. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan penekanan kepada isu umat Islam Rohingya di Burma yang disampaikan oleh saudara Mohamad Muizzuddin Mustaffar .
Bengkel yang berlangsung selama 5 jam ini, berjaya mencapai objektif bengkel untuk memberi kefahaman yang benar dan jelas serta melatih aktivis gerakan dakwah isu semasa umat Islam sebelum turun ke lapangan seterusnya mampu bertindak sebagai agen penyampai kepada mahasiswa dan masyarakat secara umumnya. Dapatan daripada bengkel ini diharap mampu memupuk kesedaran berterusan aktivis dalam mendepani isu umat Islam. Sebagai permulaan gerakan, satu ‘team’ massa USIM telah ditubuhkan untuk memudahkan perlaksanaan pelan tindakan gerakan massa di peringka USIM. Selain itu, wakil daripada KUIS juga merancang untuk membawa isu peningkatan kes anak luar nikah dalam kalangan mahasiswa diperingkat yang lebih serius untuk diketengahkan di KUIS.
Komentar positif daripada kalangan peserta bengkel akan menjadi pencetus kepada lebih banyak gerakan bengkel dan seminar di kampus yang lain pula untuk menuntut kecaknaan mahasiswa terhadap isu semasa umat Islam keseluruhannya.