Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM kendali Kem Waja Diri 2012

Pada 15-16 Jun 2012 bersamaan 25-26 Rejab 1433H bertempat di Sekolah Menengah Agama Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam telah diadakan Kem Waja Diri 2012 yang melibatkan 120 orang pelajar tingkatan lima. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah dijemput oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SAMTTAJ untuk mengendalikan Kem Waja Diri 2012. Ini merupakan kali kedua dalam tahun ini PKPIM mengendalikan program di SAMTTAJ.

Kem Waja Diri diadakan bertujuan untuk member kefahaman dan meningkatkan tahap jati diri dalam setiap pelajar disamping menerapkan konsep hamba dan khalifah dalam diri peserta. Program dua hari satu malam ini telah dikendalikan oleh Jurulatih PKPIM, saudara Hanis Zakaria dan dibantu 15 orang fasilitator yang didatangkan daripada Pusat Asasi UIAM, UIAM Kuantan, UIAM Gombak dan Kolej Dar al-Hikmah.

Peserta telah didedahkan perkara penting dalam pembentukan diri insan kamil iaitu pemantapan sarwa pandang Islam. Peserta diperjelaskan akan kepentingan tauhid sebagai panduan untuk melalui perjalanan ke negeri akhirat. Selain itu, aspek akhlaq dan adab juga ditekankan sesuai dengan gagasan ta’adib kepemudaan yang digagaskan oleh PKPIM.
Secara keseluruhannya, program berjalan dengan lancar dan jayanya. En. Affendi, guru kaunseling tampak berpuas hati dengan hasil dan dampakan yang ditunjukkan oleh para peserta.

Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)