Pemfileman merupakan salah satu media atau alat penyampai maklumat serta pendidikan kepada masyarakat berbentuk penceritaan bersiri atau hanya satu episod. Filem atau drama, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kehidupan sesebuah masyarakat dalam negara.
Nilai sesebuah cerita itu harus di titik beratkan oleh produser dan pengarah sesebuah filem agar maklumat yang betul dan nilai-nilai murni dapat disalurkan kedalam masyarakat Malaysia yang pastinya mengutamakan abab serta nilai yang baik.
Jika dilihat filem-filem yang berada dipasaran sekarang amat membimbangkan kerana mengandungi unsur-unsur negatif seperti kepercayaan tahyul, gambaran kehidupan yang tidak sihat dan mengetengahkan keganasan seperti “Gangsterisme” yang akhirnya akan mempengaruhi anak-anak muda di negara ini kearah perkara yang ditengah terutama Agama Islam.
Walaupun ada yang memberitahu bahawa dalam filem-filem ini tidaklah menggambarkan realiti kehidupan sebenar & hanya mengetengahkan adegan-adegan yang boleh menarik penonton yang ramai seperti berlawan dan aksi “Stunt” sahaja bagi mendapatkan pulangan lumayan tanpa memaparkan akhirnya perbuatan-perbuatan ini salah serta memberi padah jika ditiru berbuatan tersebut, namun tidak dinafikan ada filem tempatan yang terbaik dari segi nilai-nilai murni yang disampaikan.
Oleh itu,Setiap pengeluaran filem di negara ini harus diambil nilai oleh pihak pemfileman negara , manakala diharap Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan kementerian yang bertanggunjawab keatas keluhuran agama Islam haruslah meneliti setiap filem yang akan dikeluarkan agar rakyat yang beradab yang mengamalkan nilai-nilai murni dapat dibentuk untuk hari ini dan masa depan.
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Exco Dokumentasi & Penerbitan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
media@pkpim.org.my