Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

IQRA’ Siri 2 : PKPIM

NABAWAN, KENINGAU- 23-25 Mac 2012 yang lalu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sekali lagi berpeluang dalam siri bersama masyarakat pedalaman Sabah untuk program IQRA’ siri yang ke dua. Program anjuran Siswazah Muda ABIM (SISMA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sabah itu merupakan salah satu usaha untuk membawa mahasiswa dan juga belia untuk turun ke lapangan masyarakat bagi membantu golongan saudara baru dan juga penduduk kampung di pedalaman Sabah dalam memahami Islam.

Program Iqra’ siri dua kali ini lebih berfokus kepada Ibadah solat dan membaca al-qur’an bagi golongan kanak-kanak dan remaja. Bedasarkan penilaian dan bandingan dari program Iqra’ siri pertama, terdapat beberapa penambah baikan pada diri peserta program dimana kebanyakan dari mereka semakin lancar dalam menghafal bacaan-bacaan dalam solat.

Selain dari itu, perkara-perkara asas seperti bersuci, berwudhu’ dan memperbaiki bacaan Surah al-Fatihah dan tahiyyat ditekankan kepada anak-anak ini.

Aktiviti mengaji dan bacaan Iqra’ pula diadakan setiap kali selepas solat subuh dan solat marghrib. Ditambah juga dengan kuliah-kuliah berbentuk perkongsian ilmu mengenai akhlaq dan kehidupan sebagai seorang Muslim.

PKPIM melihat program ini sangat penting dan bermanfaat dalam rangka membina peribadi Muslim dalam membentuk masyarakat yang kurang berkemampuan dari sudut ekonomi dan pendidikan. PKPIM komited untuk terus membantu saudara-saudara Islam di Sabah malah  masih lagi memerlukan sokongan terutamanya dari segi kewangan untuk menghantar sukarelawan-sukarelawan yang dapat menyumbang di sana.

Justeru PKPIM menyeru kepada mana-mana pihak yang ingin membantu secara langsung dan tidak langsung dengan menghubungi pihak sekretariat PKPIM bedasarkan maklumat perhubungan di bawah:

Sekretariat PKPIM Pusat
Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Telefon: +603-6184 2286
Faks: +603-6184 2285
Laman Sawang: www.pkpim.org.my
Emel: pkpim_spp@yahoo.com

Semoga usaha yang kecil ini dapat memberi jalan dan sinar semangat baru untuk masyarakat di sana. PKPIM akan sentiasa mendoakan perjuangan dan pengorbanan mereka di sana.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)