Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kecemerlangan Mahasiswa Tonggak Perjuangan KBMUPM

Puchong, 26 Februari: Kem Aspirasi Kecemerlangan Minda sekali lagi telah berjaya menjadi salah satu mekanisme untuk mengajak mahasiswa untuk bergiat aktif dalam Kelab Bimbingan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia(KBMUPM) dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli. KEKANDA ’12 yang diadakan pada 24-26 Februari berlangsung di Resort Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.

KEKANDA ’12 adalah sangat istimewa kerana ia telah berjaya menarik para peserta dari kalangan pelajar pelbagai jurusan, yang berminat menyertai KBMUPM. Mereka juga bertuah kerana berpeluang menerima pencerahan dari Saudara Jufitri Joha yang merupakan Pengerusi Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia (GPTD).

Saudara Jufitri Joha merupakan seorang yang memiliki pengalaman luas dalam perkembangan belia di seluruh dunia kerana sering terlibat dengan konvensyen dan bengkel pembangunan belia di peringkat antarabangsa.

Selain itu, KEKANDA 12 menjadi satu program yang dapat mempertingkatkan kemahiran insaniah dan melestarikan budaya organisasi prestasi tinggi dalam kalangan mahasiswa. Aktiviti sepanjang KEKANDA 12 melatih para peserta untuk berkomunikasi secara berkesan dan proaktif. Ia juga membentuk keyakinan diri dalam setiap peserta kerana mereka dibantu oleh para fasilitator yang banyak terlibat dengan pelbagai NGO dan aktif di peringkat universiti dan kolej.

Bantuan daripada mantan ahli KBMUPM juga telah melancarkan lagi perjalan program KEKANDA kali ini. Tanpa bantuan mereka, pasti KEKANDA 12 tidak dapat berjalan lancar.

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)