Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Islam dan Pencerahan

Dewasa ini ungkapan ‘Pencerahan’ seringkali dilafazkan oleh pelbagai pihak, menandakan perkataan itu bukan monopoli golongan tertentu. Merujuk kembali sejarah eropah, terbitnya zaman kegelapan ialah pada abad ke-5 iaitu zaman kejatuhan romawi. Selama 10 abad dalam era yang penuh kegelapan, tidak ada pemikiran-pemikran baru yang dipersembahkan. Memang ada makalah-makalah dan kitab-kitab masyhur di zaman itu tetapi tidak ada sesiapa yang meluaskan ilmu itu. Mungkin takut dengan ugutan sang penguasa yang tidak mahu cerdik pandai bangkit menentang.

Secara ringkasnya Barat melalui tiga zaman: Zaman Klasik, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman klasik adalah zaman peradaban Yunani dan Romawi. Peradaban Yunani memberikan Barat nilai-nilai kemanusiaan yang diungkapkan melalui puisi agung Homer dan drama-drama Sofokles, Aristofanes, Euripedes dan Aeschylus ialah suatu renungan akal manusia terhadap hakikat alam, terhadap makna serta matlamat kewujudan manusia sebagai individu atau masyarakat.

Pada tahun 476, Romulus Agustus, Maharaja terakhir Empayar Romawi digulingkan. Zaman klasik berakhir maka bermulalah Zaman Gelap di Barat. Istilah Zaman Gelap diciptakan oleh Francesco Petrarca (Petrarch), sarjana dan humanis Itali abad ke-14 sebagai kritikan terhadap kemerosotan ilmu, kesusateraan dan kebudayaan. Namun ahli sejarah masa kini lebih cenderung untuk tidak memberikan justifikasi nilai. Maka Zaman Gelap diganti dengan istilah Penghujung Zaman Purba atau ‘Late Antiquity’.

Bilakah munculnya Zaman Moden di Eropah? Kota Republik Florence tempat lahirnya Renaissance, di mana Michilangelo menghasilkan archa Pieta dan David, Leornado Da Vinci melukis Mona Lisa. Maka Renaissance dianggap bermulanya Zaman Moden tetapi tidak kurang sejarawan yang melihat permulaan Zaman Moden dengan berlakunya perpecahan agama di abad ke-16. Pemberontakan agama itu membawa konsep kebebasan hati nurani yang mewujudkan teori politik liberal, di mana iman, kepercayaan dan pemikiran individu adalah ruang hak mutlak peribadi yang tidak boleh dicerobohi atau digugat oleh institusi agama dan pemerintah.

Islam juga merupakan agama yang mencerahkan dan membebaskan. Dalam erti kata lain penghijrahan kearah kebaikan. 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad s.a.w sendiri diutuskan Allah untuk menyebarkan Risalah Pencerahan untuk umat sehingga hari ini. Makna Risalah itu sendiri diambil daripada kata Ar-Rasul. Risalah ialah sesuatu yang diwahyukan Allah SWT berupa prinsip hidup, moral, ibadah, aqidah untuk mengatur kehidupan manusia agar terwujud kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dalam Islam, zaman ini terbahagi kepada dua iaitu Zaman Jahiliyah dan Zaman Islam.

Masyakat Arab Jahiliyah ketika sebelum Islam hanya jahil dari aspek agama dan moral tetapi di zaman itu bidang kesusateraan dan kejuruteraan telah lama maju. Pada zaman Jahiliyah, tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang teratur. Mereka lebih banyak kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil. Keadaan akhlak dan moral masyarakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.

Apabila Islam sampai di Jazirah Arab, misi profestis Nabi Muhammad s.a.w diterjemahkan secara nyata dalam menghijrahkan bangsa dari gelita kejahilan kepada cahaya keilmuan, dari kebekuan kepada kecerdasan akal rasional, dari kehaiwanan kepada keinsanan, dari kehinaan kepada keilmuwan. Dengan kata lain, misi kaum pencerahan ini ialah untuk melakukan Human Transformation sebagaimana Nabi s.a.w telah mentransformasikan generasi sahabat dari hamba kepada manusia yang merdeka, dari watak jahili menjadi peribadi Qurani seperti Sayyidina Bilal bin Rabah dan Sayyidina Umar Al-Khattab.

Dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 256, Allah berfirman “Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman)”. Atas semangat ini Nabi s.a.w dan dibantu para sahabat menggerakkan misi pencerahan ini sehingga tersebarnya Islam ke dua per tiga dunia. Usaha diteruskan oleh kaum ilmuwan seperti Al-Ghazali, Al-Farabi, Ibnu Khaldun, ibnu Rusyd, Ibnu Sina dan sebagainya dalam membawa misi pencerahan dan pembebasan untuk menghijrahkan umat dari gelita kejahilan kepada cahaya keilmuan. Selain memberikan pandangan sarwa (worldview) baru, Islam juga telah mengembalikan rasa kemanusiaan dan akal rasional.
Dengan demikian, misi pencerahan harus meliputi perjuangan mewujudkan iklim budaya yang membebas dan mencerdaskan.

Dinamika intelektual hanya mungkin tumbuh apabila rakyat dibebaskan dari budaya takut dan mendapat ruang yang secukupnya untuk berfikir, bersuara, berwacana dan berkarya. Sudah tentu disuntik dengan kesedaran yang menumbuhkan tekad perjuangan membina kehidupan terhormat dan bermartabat.

Muhammad Afiq Asyraf,
Exco Pendidikan & Penyelidikan
PKPIM 2011/2012

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)