Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Usah Lencongkan Akhlak Remaja untuk Sektor Pelancongan – Naib Presiden HEWI PKPIM

Malaysia mengumumkan tahun 2014 sebagai tahun melawat Malaysia dan telah menjalankan pelbagai promosi bagi memastikan misi tercapai. Namun demikian, dalam merencana aktiviti dan program yang berkaitan, sewajarnya pihak penganjur dan badan berkuasa melihat kepada impak dan kesan jangka masa panjang kepada masyarakat tempatan dan kumpulan sasaran pelancong yang akan hadir. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta agar pihak bertanggungjawab mengemukan pelan promosi yang telah dikeluarkan dan prosedur yang telah dijalankan. Hal ini berikutan insiden kematian 6 orang remaja yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada salah satu program di bawah FMFA.

PKPIM menyeru agar Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam memastikan sektor dan agensi mematuhi garis panduan yang tidak bertentangan dengan Maqasid Syariah. Hal ini termasuk mengeluarkan etika pemakaian dalam aktiviti umum tidak artis tempatan mahupun luar negara. Seterusnya, penjualan tiket yang mematuhi prosedur dan haruslah berumur 18 tahun ke atas. Prosedur menempatkan seorang pengawai syariah dalam agensi kerajaan juga dilihat mampu untuk membendung aktiviti yang tidak bermoral seperti konsert liar.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga digesa untuk mengkaji semula setiap strategi yang dikeluarkan bagi menarik pelancongan dari dalam dan luar negeri. Apakah wajar kita menggadaikan maruah bangsa dan negara hanya untuk meningkatkan kadar statistik sektor pelancongan negara?. Begitu murahkah nilai seorang belia yang dilihat sebagai ‘usia emas’ dibazirkan dalam sebuah konsert yang tidak mungkin menerima mana-mana sokongan daripada penganut agama di negara Malaysia ini.

Tambahan pula, PKPIM melihat agensi seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta Unit Narkotik PDRM mampu menjalankan siasatan terperinci dari ruang mana remaja-remaja ini terlibat dengan najis dadah. AADK sewajarnya lebih memfokuskan kepada unit penyelidikan dan pendidikan yang mencari di mana punca menyebabkan mereka terjerumus dan mengadakan sesi wacana dan latihan untuk member kesedaran kepada kumpulan sasaran. PKPIM bersedia untuk menjadi badan pelaksana yang turun ke sekolah-sekolah dan negeri yang terlibat. Gesaan juga dikenakan kepada Unit Narkotik supaya menjalankan siasatan dan mengheret pengeluar dan pengedar dadah ke muka pengadilan. PKPIM yakin dengan kerjasama pasukan yang berintegriti mampu membongkar pasukan pengedar dadah hingga ke akar umbi. 

Pihak masjid, Jawatankuasa kampung, NGO serta agensi swasta diminta untuk sama-sama berganding bahu dalam bertindak proaktif bagi memastikan insiden ini tidak berulang lagi. Masa depan negara bergantung kepada realiti belia kini. Perbanyakkan aktiviti-aktiviti sosial yang positif  serta dapat meningkatkan perpaduan negara. Malaysia merupakan negara tropikal yang mempunyai banyak lokasi indah untuk dilawati. Projek Homestay juga dipercayai mampu meningkatkan sosioekonomi masyarakat kampung yang didatangi pelancong. Kepelbagaian bangsa dan budaya seharusnya menjadi asset sebagai tarikan pelancong. Anak muda terlalu berharga untuk dilelong dalam sektor pelancongan.

 

‘Atiqah Syairah Bt Shaharuddin

Naib Presiden (HEWI)

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Author

Comment Section
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    ARTIKEL & BERITA PKPIM

    Ilmu Sebagai Kompas, Budi Sebagai Penawar

    Asasnya, dalam mencari lubuk lubuk pengetahuan, sememangnya kita diberi pilihan adakah kita mencari pengetahuan untuk menjalankan amanah tanggungjawab kita, sebagai khalifah, atau mencari cari harga [...]
    Read more

    Program Dan Video

    Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

    Sembang Demokrasi Siri 4.0

    Sembang Demokrasi Siri 3.0

    Sembang Demokrasi Siri 2.0

    (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
    Lokasi Kami
    • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
    • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
    • pkpim_spp@yahoo.com
    • Isnin - Jumaat
      8.00AM - 5.00 PM
    Ikuti Kami
    PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
    Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)