Petaling Jaya, 24 Jun 2012: “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Walaupun sudah meninggalkan kampong halaman di Negeri Perak Darul Ridzuan, ikatan ukhuwah dan persaudaraan sesaama anak-anak Perak tetap terjalin erat.
Biro Tugas-tugas Khas (IPT) Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP) bersama KPIP Unit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menganjurkan Hari Keluarga KPIP di IPT, bertempat di padang Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24 Jun 2012 yang lalu.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan, antaranya pertandingan bola sepak kain pelekat, permainan tradisional, spontan, dan sebagainya.
Hari Keluarga KPIP di IPT diadakan bertujuan mengeratkan hubungan antara anak-anak Perak yang menuntut di kampus-kampus IPT. Seramai Lebih 60 orang anak-anak Perak menyertai program ini yang terdiri daripada para Mahasiswa dari Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menurut Exco Tugas-tugas Khas (IPT) KPIP, Saudara Mohammad Fazril Saleh, KPIP akan sedaya upaya menjaga kebajikan para Mahasiswa anak-anak Perak ini.
“Mereka juga akan turut dilatih dengan kemahiran-kemahiran asas dan latihan kepemimpinan. Program-program dakwah, ilmiah dan kemasyarakatan akan digerakkan di kampus-kampus dan kesinambungan aktiviti ini akan dilangsungkan di Negeri Perak bersama-sama KPIP di sana semasa cuti semester”. Tambah beliau lagi.
Program ini berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
KPIP merupakan sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia. Ditubuhkan pada tahun 1965, KPIP terus cemerlang sebagai sebuah pertubuhan pelajar dan belia yang desegani. KPIP juga telah menerima anugerah perdana pertubuhan belia pada tahun 2008. KPIP merupakan sebuah badan Gabungan Negeri Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).