Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

TAMRIN RIJAL NASIONAL 2012 (TamRiN ‘12)

 

Pada 9 – 11 Mac 2012, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan PKPIM telah menganjurkan bertempat di Kem HBB, Gombak yang disertai oleh siswa dari IPT sekitar Lembah Klang.

Tn. Hj Ahmad Azam, Naib Presiden Wadah, mengisi slot pada pagi sabtu, “Peranan Lelaki sebagai Pemimpin dalam Gerakan dan Masyarakat”. Beliau memulakan dengan membawa peserta menyedari hakikat serangan dunia barat, materialisme dan sekularisme. Barat sedang menghadapi penyakit, maka umat Islam yang mengikuti budaya dunia barat pasti akan menghadapi sakit yang sama. Beliau juga membicarakan soal keutamaan pemimpin itu haruslah seorang lelaki dan menekankan 4 kualiti dalam usaha memartabatkan semula kekuatan pemuda Islam, iaitu menguasai al-Quran, tidak meninggalkan solat wajib dan mewajibkan diri dengan solat sunat serta qiamullail, menguasai pelbagai bahasa asing dan yang terakhir ialah menguasai ilmu-ilmu kontemporari.

Slot kedua diisi oleh Lt. Kol (B) Abdul Manaf Kasmuri, penulis buku Kolonel Jihad: Antara Mitos dan Realiti Bengkel. Beliau mengangkat soal asas-asas kepada jihad dengan menerangkan maksud jihad fi sabilillah dan langkah-langkah ke arah jihad fi sabilillah. Langkah-langkah jihad yang disampaikan beliau ialah pertama dengan kefahaman melalui ilmu, dikuti kepercayaan dan keyakinan yang mendalam, kemudian pelaksanaan dan amalan terhadap ilmu dan kepercayaan, dan diakhiri dengan mengekalkan keikhlasan. Coretan-coretan pengalaman beliau di Bosnia dan Kosovo turut dikongsikan bersama peserta.

Peserta tamrin diberi latihan lasak dengan latihan fizikal berserta haraki pada pagi Sabtu (Rescue Lift dan Maza Yakni). Manakala pada petangnya, selepas zohor latihannya ialah Ujian Kecergasan Am Budaya7. Awal pagi Ahad (1.30 pagi) peserta, diberi pengalaman baru dengan aktiviti Permainan Perang: Misi Menyelamat Agama dan Maruah. Peserta juga berpeluang menikmati keindahan alam dan kedinginan air terjun Sg. Pisang setelah trekking hutan selama 20 minit pada hari terakhir.

Tamrin ini turut menekankan buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam (AESMI) oleh Fathi Yakan yang dikongsikan oleh setiap peserta semasa kuliah dan aktivti lasak. Sepanjang program, peserta makan dengan hasil masakan sendiri dengan bahan makanan yang juga dibawa oleh mereka sendiri. Aktiviti ini menambah ukhuwah dan semangat mandiri sesama peserta.

Program TamRiN berakhir dengan dua resolusi yang dipersetujui bersama iaitu melaksanakan, meningkatkan dan menderaskan usrah unit rijal serta melaksanakan aktiviti yang khusus dan mesra rijal. Semoga gelombang semangat jihad dan iltizam dikalangan pemuda lelaki terus berkembang dan hidup subur dalam perjuangan dakwah.

ARTIKEL & BERITA PKPIM

SURAT AHLI KONGRES AMERIKA KEPADA MARKO RUBIO :

Apa yang berlaku? Pada 21 Julai 2026, lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menggesa kerajaan Amerika mengkaji semula hubungan dengan Malaysia susulan [...]
Read more

PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA

Bismillāh ir-Raḥmān ir-Raḥīm WARKAH PRESIDEN PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) SESI 25/26 PERJUANGAN INI, PERJUANGAN KITA إِنْ أُرِيدُ إِلَّا ٱلْإِصْلَـٰحَ مَا ٱسْتَطَعْتُ ۚ وَمَا تَوْفِيقِىٓ إِلَّا بِٱللَّهِ ۚ عَلَيْهِ [...]
Read more

EID AL-ADHA: A SACRED RIGHT, NOT A THREAT

As we approach one of the most significant and celebrated occasions in the Islamic tradition, Eid al-Adha reminds Muslims of the profound meaning of sacrifice, obedience and steadfastness in faith. [...]
Read more

PASCA PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2025

PERJALANAN MASIH JAUH, MASA DEPAN MENANTI KALIAN Adik-adik calon SPM sekalian, Adik-adik yang berpotensi, Adik-adik yang berkemajuan, Adik-adik yang bitara, Jangan sekadar menjadi pelajar yang lulus dalam peperiksaan, tetapi jadilah [...]
Read more

AL-ATTAS ASAS KEPADA KELETARIAN PERJUANGAN PKPIM

Perjuangan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) selama 65 tahun di pentas dakwah dalam negara mahupun di luar negara bertahan dan terus mampan kerana perjuangan PKPIM didasari dengan budaya keintelektualan [...]
Read more

INSTITUSI PENDIDIKAN BUKAN SARANG IDEOLOGI SONGSANG

PKPIM memandang serius dan berat dakwaan yang sedang tular melibatkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang dikaitkan dengan fahaman serta rangkaian Freemason suatu ideologi yang jelas bercanggah dengan akidah Islam [...]
Read more

PASCA SPM: JANGAN HANYUT, BINA DIRI

Kepada anak-anak muda yang baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kami mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beroleh keputusan yang cemerlang. Habis sahaja peperiksaan ini, maka anda semua telah [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +60 11-5536 1470 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)