Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SPM DITERUSKAN: PKPIM MENYERU RAKYAT BERTENANG, PRIHATIN MANGSA BANJIR

Persatuan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sentiasa cakna terhadap isu pendidikan, khususnya yang melibatkan pelajar sekolah, lebih-lebih lagi dalam situasi mencabar seperti bencana banjir. PKPIM turut berasa simpati dan komited untuk memberikan sokongan kepada pelajar serta mahasiswa yang terkesan akibat banjir di Kelantan.

PKPIM menyeru rakyat Malaysia agar kekal tenang dan memberi kepercayaan terhadap kenyataan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, yang menegaskan bahawa peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.

PKPIM yakin keputusan ini dibuat dengan penuh tanggungjawab oleh pihak kementerian setelah mempertimbangkan keperluan, kemudahan, dan kebajikan pelajar yang terjejas akibat banjir. Bagi memastikan pelajar-pelajar mangsa banjir tidak terbeban, PKPIM menggesa kerajaan melaksanakan langkah proaktif seperti berikut:

  1. Bantuan Kewangan Khas untuk Pendidikan.
    Segera menyalurkan bantuan kewangan kepada keluarga mangsa banjir bagi menggantikan peralatan sekolah, buku teks, dan pakaian seragam yang rosak.
  2. Fasiliti dan Infrastruktur yang Komprehensif.
    Menyediakan pusat peperiksaan sementara yang dilengkapi dengan segala kemudahan, termasuk akses elektrik, air bersih, dan sokongan logistik, untuk memastikan pelaksanaan SPM berjalan lancar di kawasan terjejas.
  3. Sokongan Psikososial dan Motivasi Pelajar.
    Mengatur program bimbingan dan kaunseling khas bagi membantu pelajar mengurus tekanan pasca-banjir, membina semangat mereka, dan memastikan fokus mereka terhadap peperiksaan tidak terjejas.

PKPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu hati, menghulurkan bantuan, dan bersama-sama mendoakan agar banjir ini segera reda. Hanya dengan kesatuan dan semangat kebersamaan, kita mampu membina masa depan generasi muda yang lebih gemilang dan cemerlang.

HIDUP BIAR BERJASA!

MUHAMMAD IRSYAD BIN TAKIUDIN
Naib Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)