Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN BUAT MAHASISWA MALAYSIA

Sedar atau tidak sedar, kita semakin hampir menuju ke dewan peperiksaan bagi semester ini. Peperiksaan ini ‘just knocking your door’, dan kita pasti membukanya dengan hati yang rela, setelah berhempas puas selama satu semester untuk menghadam dan memahami pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat.

Dalam masa-masa yang getir ini, pastinya jadual kita semakin padat dan sendat. Namun, kembalikan segalanya kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya Dia-lah yang memegang masa-masa kita itu. Kalimat Demi Masa dalam Al-Qur’an sangat tidak asing buat kita. Justeru, gunalah masa dengan sebaiknya. Di akhir pecutan ini, pastikan amalan wajib sebagai seorang hamba Allah tidak dilupakan. Malahan, ditambah dengan amalan-amalan sunat yang menjadi pengukuh amalan wajib.

Mewakili saf pimpinan PKPIM, saya mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaaan buat semua Mahasiswa Malaysia. Ingatlah, Allah s.w.t akan meningkatkan di kalangan orang-orang beriman dan orang-orang yang menuntut ilmu ke beberapa darjat (Al-Mujadalah:11). Kuatkan langkah kehadapan, agar kita dapat memperkukuh semangat juang yang tersemat di hati. Sematkan di jiwa dan di minda, Allah s.w.t sentiasa bersama-sama kita.

Akhir kalam, sesudah engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah s.w.t (‘Ali-Imran:159).

Ma’at taufiq wan najah fi imtihan.

HIDUP BIAR BERJASA

KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Setiausaha Agung PKPIM

ARTIKEL & BERITA PKPIM

UCAPAN KHAS TAHUN BARU 2025

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, qudwah hasanah kita sepanjang zaman. Tahun 2025 hadir sebagai [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)